ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bonet depan pun jadi…

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang peniaga terkejut apabila mendapati bonet hadapan dan bateri kereta Proton Wira miliknya lesap dikebas pencuri di jalan berhampiran bulatan Ladang di Kuala Terengganu, semalam. Mangsa, Mohd Amar Affzan Mohd Fazli, 27, berkata kehilangan itu disedarinya pada jam 8 pagi ketika ingin keluar menghantar makanan kepada ibunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Menurutnya, sebelum kejadian dia yang menginap di sebuah hotel berhampiran meletak kenderaan itu di depan kedai kira-kira jam 12 malam selepas menghantar ibu dan adiknya ke HSNZ. Kata Mohd Amar Affzan, adiknya dimasukkan ke HSNZ semalam kerana demam panas dan ibu yang menjaganya.

Dia kembali semula ke hotel sekitar jam 12 malam, terpaksa meletakkan kereta jauh sedikit disebabkan parkir hotel penuh. Tambahnya, ketika mahu keluar ke hospital pagi tadi, semasa buka but belakang, dia merasa hairan mengapa orang pandang semacam. Semasa membuka pintu kereta barulah dia menyedari yang bonet depan keretanya telah lesap dicuri. Katanya lagi, selain bonet depan, bateri kereta turut dicuri.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada kedai berhampiran, kecurian itu dilakukan dua lelaki sekitar jam 4.53 pagi dalam tempoh empat minit. Menurut Mohd Amar Affzan, dia percaya pencuri bertindak melarikan bonet hadapan itu selepas menyedari komponen tersebut bernilai.

Katanya lagi, bonet ini merupakan bonet kereta Evo terpakai yang saya beli dengan harga RM500 sejak dua tahun lalu dan sekarang nilai pasarannya lebih tinggi, boleh cecah hingga RM1,500. Berikutan kejadian itu, dia yang tinggal di Ajil, Hulu Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply