Sejak semalam tular satu foto yang memaparkan senarai harga baharu kereta-kereta Proton di media sosial. Apa yang menarik perhatian warganet adalah ruangan pada model X50 yang memaparkan senarai harga tentatif model berkenaan.
Tidak dapat dipastikan sama ada senarai yang tular itu adalah sahih mahupun palsu buat masa ini kerana Proton masih lagi merahsiakan harga sebenarnya. Setakat ini, jumlah tempahan model SUV kedua Proton itu sangat luar biasa dan ia telah berjaya melepasi angka 20k unit, meskipun harganya masih menjadi misteri.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
Menurut senarai tersebut, harga tentatif X50 akan bermula dari RM75,318.15 untuk varian Standard, RM85,593.75 untuk varian Executive, RM95,869.35 untuk varian Premium dan RM103,062.27 untuk varian Flagship. Dari senarai itu, kami agak curiga kerana jurang harga antara varian amat tinggi dan nampak tidak masuk akal, kecuali harga untuk varian Flagship.
Satu lagi yang kami perasan, senarai harga itu tidak jauh berbeza dengan senarai harga yang disahkan palsu oleh pihak Proton sebelum ini. Agak kelakar juga kerana beza antara varian Standard dan juga Executive lebih RM10k yang hanya mendapat tambahan 2 lagi beg udara, stereng dan tempat duduk kulit, lampu automatik dan juga lampu kabus depan.
Jika berbeza RM4k-RM5k itu agak munasabah juga dengan apa yang ditawarkan. Mungkin jurang harga antara varian Executive dan juga Premium mungkin boleh diterima logik akal kerana pembeli akan mendapat tambahan sistem pemantauan tekanan tayar, rim aloi 18-inci, tempat duduk depan dengan larasan elektrik (power seat), unit infohiburan dengan paparan bersaiz 10.25 inci dan kamera 360 darjah.
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
Manakala untuk varian Flagship pula, memang ramai yang menjangkan harganya akan melebihi RM100k memandangkan ia dilengkapi dengan unit enjin petrol 1.5 liter TGDi (pancitan terus) dengan output lebih tinggi, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang mencapai Tahap 2 pemanduan kendiri, warna badan dwitona, bumbung suria panorama, kit badan dan juga ciri istimewa yang lazimnya ada pada kenderaan mewah seperti parkir automatik dengan hanya menekan butang.
Tetapi tidak mustahil Proton akan cuba memancing pembeli varian ini dengan ‘membuang harga’ sehingga di bawah paras RM100k, mungkin RM99,888.00 kot? Itu bukan kerja kami dan pandai-pandailah pihak pemasaran dan pengurusan membuat kerja mereka. Cuma pada kami senarai harga yang tular ini kemungkinan besar adalah palsu.
Apa yang penting sekali, Proton jangan terlalu sibuk sangat untuk mengejar jumlah jualan tinggi hingga mengabaikan pembeli sedia ada yang masih menunggu alat ganti, ada yang sampai berbulan-bulan lamanya. Kami berani berkata seperti ini kerana kami tahu rungutan pembeli model X70 yang mula meluahkan perasaan kecewa mereka. Pandai-pandailah selesaikan masalah ini dengan cepat jangan sampai pembeli naik meluat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esokH
KOMEN TERKINI