ARKIB

KATEGORI

Buletin

BonusLink umum pemenang kedua BMW X3

Berita Tempatan

Views

BonusLink menerusi hantaran di laman Facebook rasminya mengumumkan pemenang kedua BMW X3, Peraduan ‘Win 3 BMW X3’. Tahniah kami ucapkan kepada En. Lim Foong Keen kerana telah berjaya membawa pulang sebuah BMW X3. Beliau yang terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang berkata, sejak mengetahui promosi ini, beliau sentiasa memasang impian untuk muncul sebagai pemenang.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Tambahnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada BonusLink dan Shell yang memberi peluang ini dan turut terhutang budi kepada isterinya yang sentiasa mengingatkannya untuk meleretkan kad BonusLink di Shell. Dua lagi pemenang saguhati turut hadir dalam acara penyampaian hadiah yang berlangsung di Ingress Auto Sdn Bhd semalam.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Setiap seorang telah berjaya memenangi baucar Shell bernilai RM300. Kini tinggal satu lagi peluang untuk anda merebut unit terakhir BMW X3 yang ditawarkan menerusi peraduan tersebut. Untuk memenanginya, anda hanya perlu berbelanja minima RM40 secara terkumpul dalam masa sehari di Shell dan layak untuk mendapatkan satu penyertaan.

Bukan itu sahaja, gandakan peluang anda apabila melakukan transaksi pembayaran menerusi AmBank BonusLink Visa Card. Tunggu apa lagi, lebih banyak anda leretkan kad, lebih tinggi peluang untuk menjadi pemenang! Peraduan akan berakhir pada 24 November 2019. Tertakluk kepada terma dan syarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply