ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boon Siew Honda lancar Vario 160 (2022) – Empat warna, harga dari RM 9,998

Berita Tempatan

Views

Boon Siew Honda semalam telah melancarkan skuter premiumsportyHonda Vario 160 (2022) serba baharu. Empat pilihan warna ditawarkan, iaitu Vivacity Red, Pear Nightfall Blue dan Sword Silver Metallic dengan harga jualan RM 9,998.

Manakala warna Mat Charcoal Grey Metallic hanya akan tersedia mulai Februari 2023 dan dijual pada harga sedikit tinggi, iaitu RM 10,298.

Vario 160 2022 dikuasakan enjin generasi terbaru berkapasiti 157cc 4-lejang yang mampu menghasilkan kuasa maksimum kepada 11.3 kW @ 8500 rpm dengan daya kilas puncak 14.1 Nm @ 6500 rpm.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Enjin itu disepadukan dengan teknologi enhanced Smart Power Plus (eSP+) yang mampu meningkatkan kecekapan bahan api dan boleh mengurangkan geseran tanpa menjejaskan output enjin.

Kerangka Vario 160 2022 dibina dengan enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang lebih ringan dan tahan lama. Antara ciri keselamatannya adalah Honda Smart Key System yang dilengkapi penggera dan sistem jawab balik.

Skuter ini juga dilengkapi ABS Saluran Tunggal di hadapan dan brek cakera di belakang, saiz tayar tanpa tiub yang lebih lebar, saiz hadapan 100/80-14 dan saiz belakang 120/70-14.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dari segi penampilan, Vario 160 2022 dilengkapi sistem pencahayaan didatangkan LED penuh pada lampu depan, lampu belakang dan lampu isyarat membelok.

Ia juga didatangkan digital panel meter penuh dilengkapi maklumat yang diperlukan termasuk penunjuk Smart Key, jam digital, penggunaan bahan api dan penunjuk ABS.

Selain itu, Vario 160 2022 didatangkan dengan pengecas USB type A dan storan utiliti 18-liter yang luas di bawah pelana tempat duduk.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysian Cub Prix

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply