ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boustead Holdings mahu keluar dari perniagaan stesen minyak?

Berita Tempatan

Views

Ini mungkin berita yang agak mengejutkan kerana semalam sumber yang rapat dengan portal The Edge melaporkan, Boustead Holdings sedang mengadakan rundingan untuk menjual pegangan mereka dalam Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BPM), yang merupakan pengendali stesen petrol di bawah jenama BHPetrol.

Menerusi e-mail balas kepada soalan The Edge, Boustead Holdings berkata sebagai syarikat pelaburan, mereka memiliki pelbagai cabang pelaburan di pelbagai sektor dalam ekonomi Malaysia. Mereka sentiasa pelbagai melihat cara untuk mengukuhkan kepelbagaian portfolio pelaburan dan mengekstrak nilai terbaik dari pelaburan mereka.

Difahamkan mereka sedang berunding dengan seorang pembeli individu, selain beberapa pihak lain juga dikatakan berminat dengan aset tersebut atau dalam senarai menunggu. Menurut sumber, harga yang ditawarkan adalah lebih dari RM1 bilion, mungkin juga mencecah sehingga RM1.5 bilion atau lebih.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

BPM menjual petrol atau produk yang serupa seperti diesel dan gas petroleum cecair (LPG) selain produk berkaitan seperti minyak pelincir. Menurut laporan tahunan Boustead Holding 2018, BPM kini mengendalikan sebanyak 386 stesen petrol dan kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangan.

70 peratus pegangannya dikuasai oleh Boustead Petroleum Sdn Bhd dan baki 30 peratus lagi dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Untuk rujukan, LTAT juga memiliki 59.45 peratus pegangan dalam Boustead Holdings.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada LTAT akan kekal sebagai pemegang saham terbesar dalam BPM sekiranya Boustead Holdings menarik diri. Sementara itu, para pemegang saham Boustead Petroleum ialah Boustead Holdings dengan kepentingan 59.82 peratus, PE Petroleum Sdn Bhd (21.11 peratus), Vitol Malaysia Sdn Bhd (14.07 peratus) dan Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin (5 peratus).

Lodin yang telah memimpin Boustead Holdings dan LTAT selama bertahun-tahun telah meletakkan jawatan pada hujung tahun lalu, berkemungkinan akibat perubahan kerajaan dari Barisan Nasional ke Pakatan Harapan. Antara nama yang dikaitkan untuk membeli kepentingan tersebut adalah Petroliam Nasional Bhd yang memiliki 69.88 peratus unit dalam Petronas Dagangan Bhd.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Ada juga sumber yang mengatakan beberapa syarikat lain termasuklah Vitol yang merupakan anak syarikat gergasi minyak Belanda, Vitol dan Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd namun buat masa ini ia hanyalah sekadar spekulasi semata-mata.

BPM telah mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM78.39 juta atas pendapatan sebanyak RM4.97 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada Disember 2018. Mereka turut membayar dividen sebanyak RM80.49 juta pada tahun lepas.

Setakat akhir Disember lalu, BPM memiliki jumlah aset sebanyak RM1.35 bilion dan jumlah liabiliti sebanyak RM78.39 juta dengan perolehan kekal pada RM162.25 juta. Boustead Holdings memliki pelbagai cabang perniagaan antaranya pertahanan, farmaseutikal, kejuruteraan berat, perladangan dan pembangunan hartanah.

Mereka mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.9 juta ke atas perolehan sebanyak RM5.05 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir Jun tahun ini. Sehingga akhir Jun, Boustead Holdings mempunyai deposit, tunai dan baki akaun bernilai RM781 juta, dengan komitmen hutang jangka pendek sebanyak RM4.48 billion dan pinjaman jangka panjang bernilai RM3.16 billion.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply