Ini mungkin tanda-tanda besar Perodua Axia facelift 2019 bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Rakan pembaca kami Fa Iz memberitahu, semalam satu iklan acah model tersebut muncul dalam promo pembukaan konsert Big Stage 2019 minggu ke-5 di saluran Astro Gempak.
Dua varian – AV dan STYLE telah dipertontonkan dalam klip video khas itu dan kami telah menangkap layar (print screen) beberapa sedutan klip video tersebut untuk dikongsikan di sini. Varian yang menjadi tumpuan adalah STYLE berwarna Sunrise Orange yang tampil dengan kit badan ala crossover.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
Kita dapat melihat penggayaan yang dibuat di bahagian luaran secara imbasan dan dari depan ia mirip model Myvi generasi kedua versi facelift, terutama sekali di bahagian jeriji. Badannya nampak sedikit lebar dengan kehadiran pelapik lengkung tayar berwarna hitam dan ia agak tinggi sedikit kerana menggunakan rim bersaiz 15 inci.
Kita juga dapat melihat imbasan ruang kabin varian STYLE yang menampilkan dua tona warna, hitam dan kemasan seakan aluminium pada konsol tengah papan pemuka dan pintu. Kerusinya pula dibalut dengan bahan fabrik seperti denim berwarna hitam dengan kemasan jahitan benang putih. Unit pemain audionya pula berkongsi dengan model Bezza GXtra cuma kemasannya berubah menjadi hitam.
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
Tombol gearnya juga kelihatan agak berkilat, seakan ada sedikit kemasan krom pada bahagian atas, manakala rekaan panel meternya juga berubah dengan menampilkan susun atur reka letak grafik yang lebih ringkas dan kemas. Pada waktu malam panel meter berlatarbelakangkan pencahayaan putih yang cukup jelas dan terang seakan meter Optitron.
Difahamkan unit pameran dan pandu uji model Axia facelift 2019 sudah mula tiba secara berperingkat di bilik pameran Perodua di seluruh negara. Kami menjangkakan pelancarannya akan dibuat dalam minggu ini, memandangkan pada hujung minggu nanti (20 hingga 22 September) akan berlangsungnya karnival MYPerodua Nation 2019 di Setia City Oval Lawn, Setia Alam.
Nantikan perkembangan selanjutnya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
KOMEN TERKINI