ARKIB

KATEGORI

Buletin

BRIDE hasilkan pelitup muka untuk ‘pencinta’ barang JDM

Berita Global

Views

Pengeluar kerusi ‘bucket‘ dari Jepun, BRIDE nampaknya telah menghidu peluang ‘buat duit’ dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19. Nama yang tidak asing bagi para peminat permotoran terutama ‘kaki barang JDM’ ini telah mula menghasilkan pelitup muka dengan menggunakan kepakaran mereka dalam pembuatan tempat duduk perlumbaan.

Apa yang menarik mengenai pelitup muka buatan BRIDE ini?

Pelitup muka BR3D ini mempunyai empat lapisan yang merangkumi polyester, fabrik perlindungan ultra lembayung (UV) dan lapisan luar yang diperbuat daripada lebihan bahan yang biasanya tidak digunakan lagi selepas proses pembuatan tempat duduk perlumbaan.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Menurut BRIDE, permukaan di bahagian dalamnya akan kekal sejuk, jadi anda boleh memakainya dengan selesa meskipun ketika musim panas di Jepun (kalau ikutkan di negara kita lagi panas kan?). Tali pengikatnya pula diperbuat daripada satin dan ia boleh dilaraskan serta jauh lebih selesa berbanding tali jenis getah.

Pelitup muka ini juga tahan lasak dan boleh dibasuh berulang kali. Yang paling penting, logo BRIDE disulam pada bahagian depan, namun menurut syarikat tersebut, kedudukan logo mungkin akan berbeza antara setiap pelitup muka kerana ia diperbuat daripada sisa lebihan sarung tempat duduk. Pandai mereka kitar semula kan?

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Bagaimana pula dengan harga?

Di Jepun, pelitup muka BRIDE ini dijual pada harga ¥3,000, kira-kira RM120 seunit. Harganya memang agak Yahudi tapi padan la dengan jenamanya kan? Barang JDM ni bang, bukan gred ‘copy ori‘ dari Siam. Pelitup muka ini boleh didapati di mana-mana sahaja kedai yang menjual produk BRIDE, tapi di Jepun lah.

Cuba bayangkan wabak coronavirus melanda dunia 20 tahun yang lalu, mungkin inilah barang yang paling ‘berhantu’ dan paling bernilai di kalangan pencinta JDM. Mungkin boleh jual sebagai barang koleksi dengan nilai yang boleh pergi Mekah balik hari. Jualannya telah bermula sejak 26 Jun yang lalu di Jepun, dan nampak gayanya peminat di Malaysia boleh cuba la cari di Lazada atau Shopee kalau ada yang jual.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply