ARKIB

KATEGORI

Tular

Buat aksi ‘drift’ tak kena tempat, dua lelaki ditahan

Tular

Views

Semalam tular video aksi drift di dalam kawasan stesen minyak Petronas di Jejawi, Kubang Gajah, Arau dalam media sosial dan susulan dari kejadian tersebut dua lelaki telah ditahan. Harian Metro melaporkan, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis, Asisten Superintendan Mohd Rizal Emran berkata, dua lelaki termasuk pemilik stesen minyak berkenaan berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan selepas mereka menyerah diri ke Balai Polis Arau, 8.45 malam tadi.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Menurut beliau, polis turut merampas Subaru BRZ yang disimpan di perkarangan rumah pemandu terbabit di Bintong, dipercayai digunakan bagi melakukan aksi berkenaan. Tambah Mohd Rizal, pemilik stesen minyak berkenaan mengaku dia yang menganjurkan aksi drift berkenaan di dalam kawasan stesen minyaknya manakala rakannya yang juga pemilik kedai aksesori kereta bertindak memandu kenderaan terbabit.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Katanya lagi, mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan, kebakaran dan kerosakan kepada pelanggan stesen minyak beberapa hari lalu. Mohd Rizal berkata, bagaimanapun kedua mereka dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan dijangka akan dituduh dalam masa yang terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply