ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berkat menabung sejak di bangku sekolah – Pemuda ini berjaya buka stesen minyak

Rencana

Views

Ini kisah yang boleh dijadikan inspirasi buat semua. Seorang anak muda telah berjaya menjadi antara pengusaha stesen minyak bumiputera termuda di negeri Perlis, berkat dari keazaman, kesabaran dan disiplin tingginya sejak berada di bangku sekolah lagi.

Bernama melaporkan, Imran Ariff Mohamed @ Razlan, 34, nekad untuk menceburi bidang peruncitan petroleum setelah terbaca iklan di laman sesawang Petronas kira-kira lima tahun lalu. Bermula dari saat itulah bekas jurutera elektronik komputer itu nekad meninggalkan kerjaya ‘makan gaji’ dan beralih ke bidang peruncitan petroleum selepas diterima menjadi wakil niaga Petronas secara ‘Company Owned, Dealer Operate’ (CODO) pada awal 2019.

Stesen minyak Petronas Jejawi merupakan stesen minyak ketiga di negara ini yang mengunakan konsep kontena. Anak muda kelahiran Jerantut, Pahang, itu berkata beliau agak bertuah kerana mempunyai modal awal hasil pampasan yang diterima setelah terlibat dalam kemalangan pada usia 13 tahun.

Biarpun ianya menjadi satu peristiwa hitam dalam sejarah hidupnya apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala, beliau berazam menyimpan duit pampasan itu selama lebih kurang 12 tahun dalam bank dengan membuat pelaburan berisiko rendah melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB).

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Katanya, pada usia muda, ketika belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), beliau mendisiplinkan diri agar tidak mengguna duit simpanan ASB dan hanya melihat rakan-rakan lain memiliki telefon pintar mewah kerana menunggu peluang membuat pelaburan yang menguntungkan yang dapat menjamin masa depannya dan keluarga.

Beliau hanya mengeluarkan duit simpanan sebagai modal permulaan sebanyak RM250,000 pada 2019 apabila menerima tawaran menjadi wakil niaga Petronas. Imran Ariff berkata bukan mudah baginya untuk mendapat kepercayaan daripada Petronas dan beliau berusaha keras tanpa rasa putus asa dengan membuat pemohonan sebanyak dua kali bermula pada 2010.

Jelas beliau, pemohonan pertamanya ditolak kerana dianggap terlalu muda untuk menceburi bidang ini, kurang pengalaman dalam pengurusan perniagaan dan latar belakang kerjaya yang kurang sesuai. Namun usahanya tidak terhenti setakat itu apabila pemohonan kali kedua diterima dan berjaya meyakinkan pihak Petronas dengan kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Seorang Jurutera Boleh Menguruskan Stesen Minyak dan Menaikkan ‘Sales’.

Beliau menguna kaedah kejuruteraan yang dipelajari ketika belajar di universiti dalam pengurusan stesen minyak dan ianya menunjukkan kesan positif. Meskipun agak terkesan dengan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal operasi (Mei 2020) namun keadaan kini bertambah baik.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Beliau menggunakan media sosial bagi menarik minat orang ramai datang ke stesen minyak untuk mendapat barangan seperti cenderahati Petronas di Kedai Mesra dan bukan hanya sekadar mengisi minyak sahaja. Kata beliau lagi, beberapa produk seperti t-shirt Petronas habis dijual dalam masa yang singkat.

Ketika ditanya mengapa beliau memilih Petronas, anak muda itu menjawab dengan penuh semangat bahawa ianya merupakan lambang negara yang paling dekat dengan dirinya. Ujar beliau, Petronas bukan hanya sekadar entiti pernigaan tetapi ianya melambangkan negara Malaysia.

Beliau tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya makan gaji kerana percaya bahawa usaha dengan berasaskan kesabaran pasti ada kejayaan. Katanya, ramai orang muda hari ini cepat mengalah apabila berdepan ujian getir namun baginya perlu ada kesabaran untuk maju dalam perniagaan, selain modal dan perancangan kewangan yang mantap.

Beliau turut terharu apabila stesen minyak berkonsepkan kontena yang ketiga seumpamanya ini menjadi tumpuan orang ramai yang teruja dengan seni bina dan konsep hijau stesen tersebut. Jelas beliau lagi, ada yang datang bukan hanya untuk mengisi minyak tetapi mahu berswafoto di hadapan stesen minyaknya. Untuk perancangan masa hadapan, beliau bercadang menghiasi dinding stesen ini dengan lukisan mural bermotifkan negeri Perlis.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

Foto kredit Petronas Jejawi

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply