Suami isteri ditahan pada Khamis selepas aksi ‘wheelie‘ yang dilakukan di Jalan Pasir Puteh, Peringat, di Kota Bharu tular.
Pasangan yang berusia 16 dan 17 tahun itu telah menyerah diri pada jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit bertindak menghilangkan diri selama dua hari selepas diburu pihak polis.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Mereka kini dalam proses permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut beliau, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam aksi menunggang motosikal secara berbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Ujarnya, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000, tidak lebih daripada RM15,000.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Sinar Harian pada Selasa melaporkan polis giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘wheelie’ sambil membonceng seorang wanita.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, aksi itu tular di media sosial.
Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu dan baju kurung ‘sedondon’ berwarna biru muda. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI