ARKIB

KATEGORI

Tular

Myvi potong barisan terjerlus dalam lubang sampai rabak bampar depan, ’emergency’ katanya…

Tular

Views
@m.a7annnn Replying to @Jalud_86 @ RHM ♬ Mara Bahaya – Pop Shuvit

Semalam tular satu video yang dimuatnaik ke akaun TikTok @m.a7annnn yang memaparkan aksi “King” atau Perodua Myvi yang dipercayai sedang ‘memotong barisan’ di sebuah jalan kampung.

Kelihatan Myvi itu terjerlus ke dalam sebuah lubang di tebing jalan tersebut lalu tersangkut hingga menyebabkan bampar depannya ‘rabak’.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tatkala pemandu Myvi itu ‘terkial-kial’ untuk mengeluarkan keretanya yang tersangkut, tiada seorang pun daripada pengguna jalan tersebut yang lain turun untuk membantu.

Mungkin ia sebagai ‘pengajaran’ kepada pemandu Myvi tersebut supaya tidak memotong barisan lagi dan dia turut mendapat pelbagai kecaman daripada warganet. Ada juga yang ‘bersimpati’ dengannya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Namun, salah satu komen daripada warganet bernama mihawkkk menarik perhatian penulis kerana dia memohon maaf dan mengakui dirinya adalah pemandu Myvi malang itu.

Katanya, pada ketika itu dia berada dalam situasi kecemasan (emergency) tetapi tidak dinyatakan apa sebabnya. Apabila ditanya mengapa tidak menyalakan dua signal dan menurunkan tingkap sambil mengangkat tangan, dia berkata pada ketika itu dia sedang takut.

Dia juga bimbang jika keluar dari kereta wajahnya akan tular di media sosial. Tidak dapat dipastikan apa nasib Myvi tersebut dan setakat ini video tersebut telah ditonton sebanyak 3.5 juta kali dan mendapat 6,512 komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply