ARKIB

KATEGORI

Tular

Buat pusingan U sesuka hati, pemandu van warga asing tiada lesen memandu

Berita Tempatan

Views

Tindakan pemandu sebuah van dikatakan membuat pusingan U mengakibatkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV), di Kilometer 59.7 Lebuhraya Senai-Desaru di Kota Tinggi, semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan kira-kira jam 2.55 petang itu dipercayai berlaku setelah pemandu van merupakan seorang lelaki warga asing membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Katanya, tindakan itu menyebabkan pemandu SUV jenis Honda HR-V dari arah Senai ke Desaru tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian di tengah sebelah kiri van terbabit.

Pemandu van berusia 33 tahun itu yang selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut telah membuat pusingan U kerana hendak bergerak ke Kilometer 60 Lebuhraya Senai-Desaru untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Akibat kemalangan itu, pemandu Honda HR-V iaitu seorang wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan di mulut dan lebam di kedua-dua tangan, manakala penumpang iaitu anaknya berusia dua tahun hanya mengalami calar di pipi, dahi dan lebam di mata sebelah kiri.

Pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan. Hussin berkata, pemandu van terbabit telah diambil keterangan dan siasatan dijalankan di bawah Peraturan 13 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59).

Saman telah dikeluarkan ke atas pemandu van terbabit kerana tidak mempunyai lesen memandu. Sebelum itu tular video durasi 32 saat memaparkan kenderaan dipandu wanita terbabit melanggar sebuah van yang membuat pusingan U di Lebuhraya Senai-Desaru.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply