ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bugatti Chiron rampas takhta “raja pecut”

Berita Global

Views

Akhirnya gelaran “raja pecut” kini milik prototaip hypercar Bugatti Chiron yang telah berjaya mencatatkan kelajuan 490.484 km/j sekaligus memecahkan rekod dunia di litar Ehra-Lessien. Rekod baharu ini juga secara tidak langsung menobatkan jenama tersebut sebagai pengeluar kereta pertama yang melepasi kelajuan 482.803 km/j (300 batu sejam).

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

Catatan rekod baharu ini telah disahkan oleh Technical Inspection Association (TÜV) pada 2 Ogos 2019. Prototaip Chiron itu telah dibina secara rahsia sejak enam bulan yang lalu bersama Michelin dan Dallara bagi membolehkannya melepasi had kelajuan 300 batu sejam. Ini membolehkan pengeluar hypercar itu menewaskan Koenigsegg Agera RS yang mencatatkan kelajuan 284.55 batu sejam pada tahun 2017.

Presiden Bugatti Stephan Winkelmann berkata, ini merupakan rekod terakhir yang dikejar oleh mereka dan bakal mengundurkan diri dari persaingan dalam menghasilkan kereta produksi terpantas di dunia selepas ini. Tambahnya lagi, mereka akan memfokuskan kepada bidang lain pada masa akan datang.

JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

Model Chiron pemecah memecah rekod dunia ini dikatakan lebih panjang 25cm berbanding kereta standard. Ekzos baharu dan diffuser belakangnya yang lebih besar dan dalam turut memainkan peranan yang penting. Ketua rekaan luaran Bugatti, Frank Heyl berkata, cabaran yang terbesar ialah untuk mendapatkan pakej keseluruhan yang betul, bukan sahaja reka bentuk, aerodinamik, enjin mahupun tayar. Kesemuanya perlu digabungkan dan berfungsi dengan baik dalam sebuah kereta,

Selain itu, enjin W16 quad-turbo 8.0 liter turut dinaik taraf dari 1479 kuasa kuda kepada 1578 kuasa kuda, namun transmisi dan sistem pacuan semua rodanya masih sama seperti model standard. Bugatti juga memberi bayangan model ini sebagai “prototaip hampir produksi”. Besar kemungkinan prototaip ini bakal berubah menjadi model Super Sport yang dikatakakan bakal membuat kemunculan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply