Hairan bin ajaib! Walaupun video ini tular di laman sosial namun polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian kemalangan melibatkan sebuah ambulans dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Lebuhraya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak di Gombak kelmarin.
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
Menurut Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, polis juga tidak pasti sama ada kemalangan itu membabitkan kecederaan atau tidak. Katanya, untuk makluman, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kemalangan ini daripada mana-mana pihak yang terlibat. Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera video papan pemuka yang berdurasi 15 saat dan telah dimuat naik oleh seorang warganet Raymond Ng.
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
Berdasarkan rakaman video itu, jelas memperlihatkan sebuah kenderaan SUV yang dipandu secara melulu dari lorong kedua lebuh raya memasuki lorong kecemasan. Kebetulan pula sebuah ambulans sedang lalu di lorong kecemasan tersebut dan telah dihimpit oleh SUV itu sehingga menyebabkannya terbabit terbalik di bahu jalan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
KOMEN TERKINI