ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembaharuan cukai jalan kenderaan persendirian 2,000 cc ke atas di pejabat pos dihentikan – Kerajaan sedia kaji semula

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Kementerian Pengangkutan akan meneliti semula arahan pemberhentian urus niaga pembaharuan cukai jalan melibatkan kenderaan persendirian 2,000 cc ke atas di pejabat pos Sarawak, Sabah, Pulau Langkawi dan Labuan yang berkuat kuasa semalam.

Kata menterinya Anthony Loke Siew Fook, satu pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid akan berlangsung dalam minggu ini untuk melihat sama ada arahan tersebut wajar diteruskan atau tidak.

Tambahnya, cadangan tersebut datang dari JPJ dan bukanlah arahan daripadanya. JPJ bertindak demikian bagi mengurangkan ketirisan pendapatan kerajaan kerana ada kenderaan berdaftar di Semenanjung memperbaharui cukai jalan di Sabah dan Sarawak.

JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

JPJ mendapati pemilik kenderaan 2,000 cc ke atas dari Semenanjung yang mengambil kesempatan kadar cukai jalan murah di Sarawak dan Sabah dengan memperbaharui cukai jalan di pejabat pos di kedua-dua negeri terbabit. Namun begitu, kepentingan masyarakat di Sarawak dan Sabah juga perlu diambil kira dalam isu ini kerana memerlukan saluran yang banyak untuk memperbaharui cukai jalan berikutan ada sesetengah kawasan tidak mempunyai pejabat JPJ.

Menurut Anthony lagi, ketiadaan pejabat JPJ di sesetengah kawasan di kedua-dua negeri ini akan menyukarkan proses pembaharuan cukai jalan bagi penduduk yang tinggal jauh dari lokasi pejabat JPJ negeri atau cawangan. Minggu lepas tular di media sosial pengumuman Pos Malaysia mengenai arahan pemberhentian pembaharuan cukai jalan itu.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Ia telah mendapat reaksi negatif warganet terutama yang tinggal di pedalaman Sarawak kerana tindakan itu didakwa membebankan dari segi kewangan dan masa serta dan menambah kesesakan di pejabat JPJ dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Mengulas mengenai cadangan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) melibatkan sempadan Malaysia dan Brunei, Anthony Loke berkata setakat ini ianya masih dalam peringkat kajian.

Pada 25 April lalu, Ketua Pengarah JPJ telah mengumumkan cadangan melaksanakan VEP ke atas semua kenderaan asing di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sempadan Malaysia dan Brunei bagi memudahkan pemantauan kenderaan berdaftar dari negara luar memasuki negara ini, terutama sekali membabitkan isu saman trafik dengan kertas cadangan akan diserahkan kepada Menteri Pengangkutan pada tahun ini juga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply