ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Bukan dapat Rolls-Royce, bonus biasa sahaja” – Presiden SAFF

Berita Global

Views

Presiden Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al Misehal menafikan pemberian bonus berupa kereta Rolls-Royce kepada pemain-pemain negara itu yang menewaskan Argentina di aksi pembukaan Piala Dunia 2022.

“Mereka bermain demi mengharumkan negara. Mereka mewakili negara dalam perlawanan bersejarah (menentang Argentina). Khabar angin itu tidak betul.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

“Sudah tentu mereka akan diberi bonus, tetapi ia bonus biasa. Ada peraturan untuknya. Mereka tidak bermain untuk bonus, mereka bermain untuk negara.

Melakar sejarah mereka sendiri. Ramai di antara mereka mula terkenal selepas menewaskan Argentina,” kata Yasser.

Yasser turut mengulas berkenaan spekulasi yang mengatakan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo bakal menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr. Kedatangan Cristiano ke Arab Saudi masih satu kemungkinan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Yasser juga sempat memberi maklumat terkini berkenaan pemain Arab Saudi, Yasser Al-Shahrani yang cedera parah ketika pertemuan menentang Argentina itu.

“Alhamdulillah, Al-Shahrani dalam keadaan baik. Ada beberapa kecederaan serius, bukan saja di mukanya. Dia juga cedera di bahagian rusuk dan berhampiran pankreasnya sedikit menakutkan, tetapi dia baik-baik saja.

“Dia menjalani tiga pembedahan dan dalam proses pemulihan di rumah. Saya rasa dia akan mula berlatih secara berperingkat dan akan kembali bermain semula,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply