ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Corolla keluaran 1993 ini masih utuh walaupun dah cecah jarak perjalanan 2 juta kilometer!

Berita Global

Views

Seorang pemandu penghantaran sebelum ini berikrar kereta Toyota Corolla keluaran tahun 1993 akan ‘bergerak’ selama-lamanya selepas ia mencapai jarak perjalanan sejauh 2,000,000 kilometer (km) yang sukar dipercayai, lapor portal berita Daily Star, baru-baru ini.

Pemandu itu, Graeme Hebley membeli kenderaan tersebut pada tahun 2000 dan telah mencapai jarak yang mengagumkan dalam tugasnya sebagai kontraktor penghantaran akhbar.

Hebley, 72, juga telah mengaku bahawa kenderaan berkenaan mungkin akan bertahan lebih lama daripadanya kerana jentera yang kukuh itu masih bergerak dengan lancar.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Pergerakannya masih lancar walaupun pemanduan dilakukan selama lapan jam antara Wellington dan New Plymouth di Pulau Utara negara itu enam hari pada setiap minggu.

Toyota Corolla miliknya masih mempunyai transmisi dan enjin asal walaupun sudah bergerak sejauh 5,000 kilometer hampir setiap minggu.

Pemeriksaan biasa yang menyaksikan kenderaannya diservis dua minggu sekali di Auto Guthrie di Whanganui dianggapnya telah membantu jangka hayat kereta tersebut.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Seorang mekanik, John Sherman mengaku dia kagum dengan kereta itu dan mengesahkan rekod Hebley dengan memberitahu akhbar New Zealand Herald: “Jika saya tidak membuatnya (melakukan servis), saya tidak akan percaya.

“Saya tidak akan percaya ia boleh melakukan dua juta (km). Dalam keseluruhan kerjaya saya, itu (kilometer) adalah yang tertinggi pernah saya lihat.”

Dia menambah bahawa jarak jauh perjalanan sebelum ini dibuat oleh sebuah kenderaan yang bergerak sejauh 700,000km. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply