ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bukan semua pengedar boleh jual X90 – Proton

Berita Tempatan

Views

Disebabkan SUV ketiga Proton, iaitu X90 terus membawa imej premium, nampaknya bakal pembeli terpaksa mencari pengedar yang layak dan terpilih sahaja untuk membeli model tersebut.

Rakan media di MotoMalaya.net melaporkan, semasa sesi pratonton media baru-baru ini, Proton mengesahkan hanya beberapa pengedar terpilih sahaja yang dibenarkan menjual SUV tiga baris tempat duduk itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, rangkaian pengedar sedia ada perlu memenuhi tiga syarat wajib bagi melayakkan mereka menjual X90.

Syarat pertama adalah memastikan khidmat selepas jualan yang lebih baik. Jika tidak, mereka tidak dibenarkan menjual X90.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pihaknya akan mengenal pasti sama ada mereka boleh menjual atau tidak berdasarkan aspek tersebut. Syarat yang kedua adalah ruang yang diperlukan.

Pusat pameran perlulah berkemampuan untuk memuatkan sehingga lapan model kerana pada penghujung tahun nanti, Proton akan mempunyai lapan model kesemuanya.

Oleh yang demikian, pihaknya tidak akan menerima pengedar yang tidak boleh mempamerkan kesemua lapan model itu.

Syarat ketiga pula bergantung kepada prestasi pengedar. Meskipun tidak diperincikan, namun besar kemungkinan ia merujuk pada jualan dan juga alat ganti.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sementara itu, Pengarah Selepas Jualan Proton, Wan Hazran Wan Mustafa turut mengesahkan langkah proaktif tersebut. Ujar beliau, pihaknya telah pun mengenal pasti pengedar yang akan dibenarkan menjual X90.

Proton telah menetapkan kriteria ketat kerana mahu memastikan hanya pusat pameran yang terbaik sahaja boleh menjual SUV premium ini.

Tambah beliau, pihaknya masih memuktamadkan angka sebenar, tetapi seperti yang disebut oleh Dr Li, hanya pengedar terbaik sahaja akan dibenarkan menjual X90.

Bukan itu sahaja, Wan Hazran turut mendedahkan Proton kini meletakkan sasaran untuk mengurangkan tempoh menunggu di pusat servis kurang dari dua jam.

Proton X90 merupakan model paling premium pernah ditawarkan pengeluar kereta nasional itu, maka penting untuk rangkaian pengedar turut sama mempertingkatkan perkhidmatan sedia ada sebelum dibenarkan untuk menjualnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply