Sejak semalam laman Facebook rasmi Suzuki Malaysia mula menyiarkan grafik iklan acah sebuah model baharu yang bakal dilancarkan bersempena dengan perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), esok (Sabtu).
Menerusi hantaran tersebut, pihak Suzuki Malaysia menjemput anda semua ke reruai mereka bernombor (D01) untuk menjadi yang pertama melihat sendiri model keluaran edisi terbaharu berkenaan. Jika dilihat pada siluetnya, jelas ia adalah model moped, Suzuki Raider R150Fi.
Mungkin ramai yang beranggapan ia adalah Suzuki Raider R150 Fi ‘Edisi Khas Azlan Shah, namun foto yang dimuatnaik oleh akaun Facebook Faez Yahaya mungkin memberi jawapannya.
Raider R150Fi yang dihiasi dengan grafik liveri jentera lumba pasukan Suzuki Ecstar musim 2021 itu dikatakan model ‘Edisi Khas MotoGP’ yang akan dilancarkan Sabtu ini.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Menurut info dari ejen perisik Mat Bond, ia bukanlah edisi terhad dan merupakan model pengeluaran massa seperti GSX-R150 Ecstar MotoGP Edition.
Buat masa ini segalan butiran lanjut mengenai spesifikasi dan harganya masih belum diperolehi dan hanya akan diketahui esok (Sabtu). Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Faez Yahaya
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI