Sime Darby Motors hari ini melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya BYD Atto 3 keluaran jenama dari China, BYD ke pasaran Malaysia.
Dua varian ditawarkan, iaitu Standard Range dengan bateri 49.92 kWj dan Extended Range dengan bateri 60.48 kWj. Atto 3 ditawarkan dengan lima pilihan warna, iaitu Ski White, Boulder Grey, Forest Green, Parkour Red dan Surf Blue.
Harga jualan bagi varian Standard Range adalah RM149,800 manakala Extended Range pula dijual pada harga RM167,800. Varian Standard Range mempunyai jarak tempuh 410 km, manakala jarak tempuh untuk varian Extended Range pula adalah 480 km.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Model yang dibangunkan dari pelantar BYD e-Platform 3.0 serba baharu itu dikuasakan oleh pek ‘Bateri Blade‘ yang mampu menjana sehingga 203 kuasa kuda dan 310 Nm daya kilas.
SUV elektrik ini turut menyokong teknologi pengecasan pantas DC 70 kW dan 80 kW (varian Extended Range).
Ia boleh dicas dari 30 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh kurang dari setengah jam, manakala untuk 0 peratus hingga 80 peratus hanya memerlukan masa selama 45 minit sahaja.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Atto 3 merupakan kenderaan dengan pacuan roda hadapan dan mampu memecut dari 0-100 kmj dalam masa 7.3 saat.
Dari segi keselamatan, Atto 3 dilengkapi dengan tujuh beg udara, brek parkir elektrik, enam penderia parkir, sistem pemantau tekanan tayar, sistem brek anti kunci, agihan daya brek elektronik, brek kecemasan autonomi, dan lain-lain lagi.
Atto 3 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama enam tahun atau 150,000 km, jaminan bateri selama lapan tahun atau 160,000 km dan jaminan motor elektrik selama lapan tahun atau 150,000 km.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit SoyaCincau.com
BYD Atto 3
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI