Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan mengenai undang-undang kunci tayar adalah tidak sah kerana bertentangan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).
Berita Harian melapokan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin, berkata pihaknya sudah mengarahkan peguam cara yang dilantik untuk memohon alasan penghakiman penuh berkaitan keputusan kes itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya.
Justeru, berkuat kuasa 8 Disember 2022 (hari ini), tindakan kunci tayar bawah Perintah 17 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Kota Bharu) 2000 akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang diberitahu kelak.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
MPKB-BRI sudah mengarahkan peguam cara Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz (Panel Peguam MPKB-BRI) untuk memohon alasan penghakiman penuh berkaitan dengan keputusan kes itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar dikuat kuasa MPKB-BRI adalah tidak sah kerana bertentangan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).
Panel tiga hakim membabitkan Datuk Hashim Hamzah, Datuk Abdul Karim Jalil dan Datuk Supang Lian, membuat keputusan itu secara sebulat suara.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Hashim berkata, ia susulan Perintah 17 Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah ‘ultra vires‘ atau melampaui Seksyen 72(7) APJ 1987.
Bagaimanapun, Perintah 8 di bawah perintah sama masih sah dan MPKB masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan parkir kereta.
Dengan keputusan itu, MPKB-BRI tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di petak parkir, sebaliknya hanya boleh mengenakan kompaun.
Perayu dalam kes itu ialah Nursyafawati Kasim yang diwakili peguam; Hisham Fauzi, Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing, manakala peguam Marwalis Adam dan Shaharuddin Mohamed mewakili MPKB.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Kota Bharu Bersatu
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI