ARKIB

KATEGORI

Buletin

GoEV catat lebih setengah juta kilomoter dalam tempoh setahun operasi

Berita Tempatan

Views

GoCar Malaysia baru-baru ini telah merekodkan perjalanan keseluruhan armada kenderaan elektrik (EV) lebih 500,000km sejak program GoEV dilancarkan di Lembah Klang pada Disember tahun lalu.

Lebih 1,000 pengguna GoCar telah mengambil peluang ini dengan pilihan GoEV Share dan 90 peratus daripada mereka berkata, ia merupakan pengalaman pertama memandu kenderaan elektrik sepenuhnya.

Syarikat dijangka menawarkan lebih 30 unit Nissan Leaf di 20 zon di Lembah Klang. Ia menjadikan jumlah keseluruhan armada GoEV kepada lebih 50 unit bagi tujuan perkongsian dan langganan.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya untuk menjadi platform perkongsian kereta pertama yang menawarkan akses EV lebih mampu milik kepada orang ramai.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Bagi meraikan ulang tahun pertama GoEV, GoCar menawarkan penjimatan sehingga 70 peratus (dihadkan pada RM80) ke atas tempahan perkongsian kereta GoEV dengan menggunakan kod promo1STGOEV“.

Promosi hanya sah untuk tempahan yang dibuat di antara 12 hingga 15 Disember, tetapi pengguna mempunyai masa sehingga 31 Januari untuk menebus tempahan mereka berdasarkan kepada pelan perjalanan masing-masing.

Selain itu, GoCar juga akan menghadiahkan 100,000 GoPocket Points bernilai RM1,000 kepada 10 pengguna bertuah.

GoEV Share kini hanya ditawarkan untuk perjalanan pergi balik (ambil dan pulang di zon yang sama) dan penggunaan jangka pendek mengikut jam, harian, mingguan ataupun bulanan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kadar normal bermula RM24.90 sejam dan RM249 sehari, serta RM232 sehari untuk tempahan selama sebulan.

Setiap kenderaan GoEV didatangkan dengan kad chargeEV secara percuma yang membolehkan pengguna mengakses kepada hampir 300 stesen pengecasan di seluruh negara.

Stesen pengecasan di zon GoEV adalah percuma untuk semua ahli GoEV. Bukan itu sahaja, pengguna GoEV boleh mengetahui lokasi pengecasan, kebolehdapatan dan jenis pengecas dalam rangkaian JomCharge dengan mudah melalui aplikasi mudah alih GoCar.

Untuk menempah GoEV Share, sila muat turun aplikasi mudah alih GoCar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply