ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD D1 – Kereta elektrik khusus untuk seru-pandu

Berita Global

Views

Dua syarikat gergasi China telah berganding bahu untuk merekabentuk, membangunkan dan membina kereta elektrik khusus bagi tujuan seru-pandu (e-hailing). Hasilnya, maka lahirlah sebuah model hatchback berwarna ‘Hijau Avocado’ dan putih yang dinamakan D1.

Kenderaan unik ini adalah usahasama syarikat seru-pandu terkemuka di China, Didi Chuxing bersama pengeluar kenderaan elektrik, BYD. Difahamkan kedua-dua syarikat ini telah mula membangunkan reka bentuk kenderaan ini sejak dua tahun yang lalu.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Dari segi dimensi, D1 berukuran 4.390 mm (panjang), 1.850 mm (lebar) dan 1.650 mm (tinggi). Model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 136 kuasa kuda bersama bateri Lithium-ion yang dibekalkan oleh Chongqing Fudi. D1 mempunyai jarak perjalanan sejauh 418 km mengikut NEDC (New European Driving Cycle).

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Tahap 2 (Level 2) yang merangkumi amaran keluar lorong, brek automatik dan amaran perlanggaran pejalan kaki. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem pemantauan bagi memastikan pemandu sentiasa memegang stereng dan fokus kepada pemanduan.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Kereta ini didatangkan dengan pintu jenis gelongsor bagi mengelakkan pemandu dari melanggar penumpang atau penunggang basikal secara tidak sengaja. Kerusi bahagian pemandu dikatakan lebih selesa manakala ruang kaki ditambah bagi keselesaan penumpang di bahagian belakang.

Agak malang kerana setakat ini tiada perancangan untuk menghasilkan kenderaan ini bagi kegunaan persendirian memandangkan reka bentuknya yang sangat ranggi dan moden, persis Volkswagen ID3.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply