ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic Prototype 2022 buat kemunculan sulung – Gaya mirip Accord versi mini

Berita Global

Views

Beberapa hari yang lalu Honda telah mengusik warganet menerusi video acah prototaip Civic generasi ke-11 di saluran media sosialnya. Hari ini secara rasminya model yang dinamakan Civic Prototype 2022 membuat kemunculan sulungnya juga secara maya.

Model prototaip ini sebenarnya memberi gambaran bagaimana rupa sebenar model Civic 2022 versi pengeluaran nanti, setidak-tidaknya hampir 99 peratus persamaan. Sekilas pandang Civic Prototype 2022 ini persis saudara kandungnya yang lebih besar iaiatu Accord dalam sakala yang lebih kecil.

Untuk generasi ke-11 ini, Honda telah menjadikannya lebih rendah dan memberikan kekuda yang lebih lebar. Dari segi penggayaan, reka bentuk luaran model ini tampil lebih matang, kemas dan nampak lebih moden. Honda mungkin telah mengubah falsafah reka bentuknya dari gaya tipikal kereta Jepun ke arah gaya kereta Eropah dengan menjadikan rekaannya lebih ringkas tetapi nampak premium.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Honda, model ini akan dilancarkan secara rasmi di Amerika semasa musim bunga 2021 dalam bentuk sedan terlebih dahulu dan akan disusuli pula dengan versi-versi lain seperti Civic Hatchback, Civic Si dan Civic Type R. Jika dilihat, gaya wajah keluarga Honda ketika ini nampak ada kesinambungan dan ia diteruskan pada model ini.

Rekaan lampu depan Civic Prototype 2022 kini lebih sepet dan memanjang dengan penggunaan lampu depan dan lampu siang jenis LED. Rekaan bamparnya kini lebih kemas dan nampak sporty dengan kehadiran kemasan krom berkilat yang menghiasi sisi kiri dan kanannya. Paling menonjol adalah warna badan model ini yang dikenali sebagai Solar Flare Pearl.

Buat masa ini Honda hanya menunjukkan rekaan luaran sahaja, namun mereka memberi bayangan awal dengan menyiarkan lakaran rekaan kabin yang menampilkan papan pemuka dengan gaya minimalis. Meskipun ringkas, namun susun aturnya dioleh dengan cukup kemas dan bergaya. Ia nampak seolah-olah rekaan kabin model segmen-D yang lebih premium.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Kita dapat melihat sistem infohiburan dengan paparan skrin bersaiz 9-inci, kelompok meter digital dan kemasan jejaring berbentuk ‘sarang lebah’ yang merentangi papan pemuka termasuk menjadi lubang angin kepada corong pendingin hawa. Pada kami ia nampak unik dan stailo!

Selain itu, Honda akan akan memperkenalkan pelbagai sistem keselamatan aktif dan pasif baharu, antara teknologi Honda Sensing yang dipertingkatkan termasuk rekaan beg udara baharu. Ia turut menampilkan struktur badan versi baharu Honda Advanced Compatibility Engineering yang meningkatkan perlindungan perlanggaran penumpang serta pejalan kaki.

Honda turut mengesahkan yang model Civic 2022 akan dikeluarkan di Amerika Utara, manakala versi Hatchback akan dibina di kilang yang terletak di Greensburg, Indiana. Besar kemungkinan untuk versi Malaysia nanti, ia akan dihasilkan secara tempatan (CKD) di Melaka dan kami menjangkakan ia akan dilancarkan seawal suku keempat tahun depan atau awal tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply