K! ONLINE melaporkan sebuah lori lima tan yang dipercayai membawa barang promosi Lazada 11.11 musnah dalam kebakaran berhampiran D’alamanda Jalan Impian Cheras, Kuala Lumpur semalam. Kebakaran di bahagian belakang lori berkenaan menyebabkan barang yang baharu diambil daripada pembekal untuk dibawa ke pusat pengumpulan operasi itu rosak sepenuhnya.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
Komander Operasi Kanan, Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozi Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.34 petang. Jelas beliau, sebaik tiba di lokasi pihak bomba mendapati api sedang marak pada bahagian belakang lori lima tan itu.
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
Tambahnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian dan 60 peratus barang musnah dijilat api. Menurutnya lagi, hasil siasatan awal, pemandu lori berkenaan mendakwa bau hangit ketika dia membuka pintu untuk menyimpan barang sebelum tiba-tiba api merebak.
Kebanyakan barang dalam lori tersebut mudah terbakar menyebabkan api cepat marak. Antara barangan yang musnah adalah pakaian, peralatan permainan kanak-kanak dan lain-lain. Ujar beliau lagi, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
KOMEN TERKINI