ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pekerja penyelenggaraan maut, rakan cedera dirempuh BMW X5 terbabas

Berita Tempatan

Views

Seorang pekerja penyelenggaraan maut, manakala rakannya cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 di Kilometer KM) 83 Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Muhammad Hizran Aiman, 23, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Rakannya, Amirul Haikal, 22, cedera pada tangan kiri dan kini dirawat di zon hijau Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

Siasatan awal mendapati BMW X5 dipandu lelaki berusia 26 tahun dari Jalan Kota Tinggi menghala Kluang terbabas ke laluan bertentangan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

SUV itu kemudian melanggar sebuah Proton Wira di tepi jalan, selain sebuah jengkaut dikendalikan seorang lelaki berusia 48 tahun dan dua pekerja.

Mangsa yang maut sedang menjalankan kerja penyelenggaraan bersama beberapa pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang lain.

Tambah beliau, pemandu SUV ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply