ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD jalin kerjasama dengan 168 Park Selayang

Berita Tempatan

Views

BYD telah menjalin kerjasama dengan 168 Park Selayang untuk mempamerkan teknologi EV tecanggih ke Galeri Jualan 168 Park Selayang, pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan ini.

Dibangunkan oleh Infra Segi Sdn Bhd, 168 Park Selayang bakal menjadi mercu tanda di Selayang dan akan  menyediakan sebanyak 12 pengecas EV dalam projek pembangunannya.

Tiga unit pengecas EV akan ditempatkan di pusat beli-belah komersil, manakala sembilan unit lagi akan diletakkan pada tiga blok kediaman dengan tiga pengecas untuk setiap blok.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 168 Park Selayang Sdn Bhd, Edward Lum, pihaknya begitu teruja untuk bekerjasama dengan BYD dalam mempamerkan teknologi EV termaju.

Tambahnya, kerjasama ini seiring dengan visi syarikat untuk menyediakan persekitaran kehidupan yang mampan dan menarik perhatian bakal pembeli daripada pelbagai latar belakang yang komited dalam pemeliharaan alam sekitar.

Edward menambah, kedudukannya yang berhampiran dengan lokasi menarik alam semula jadi seperti FRIM, Bukit Lagong dan Taman Rimba Komanwel menambah daya tarikan projek ini dalam kalangan pelanggan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Di Galeri Jualan 168 Park Selayang, pengunjung berpeluang untuk melihat dan memandu uji kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya BYD ATTO 3.

Di pameran itu juga, bakal pembeli yang menandatangani borang tempahan unit 168 Park Selayang berpeluang untuk membeli BYD dengan kotak pengecas dinding percuma dan penggelap cermin kereta.

168 Park Selayang menyediakan sebanyak 1,433 kediaman bertingkat di dua blok. Blok A dilengkapi lima saiz, bermula daripada 560 kaki persegi sehingga 1050 kaki persegi dengan harga permulaan RM 294,000.

Blok B yang mempunyai tiga saiz, bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kepelbagaian unit memberikan pilihan yang luas kepada bakal pembeli untuk memenuhi gaya hidup dan belanjawan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply