ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lancar model kereta harga “Rahmah” Axia E, RM22k jer!

Berita Tempatan

Views

Perodua hari ini secara rasminya memperkenalkan Axia E dengan harga RM22,000 (tanpa insurans) dan disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Varian ini adalah berdasarkan model Axia yang diperkenalkan pada 2017 yang telah menerima penarafan 4-bintang Asean NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, Axia E adalah sebahagian daripada objektif asalnya untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Axia E dengan transmisi manual ini didatangkan bersama dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama 5 tahun.

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu, Granite Grey. Varian “Rahmah” itu diperkenalkan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dalam satu acara hari ini.

Sejak dilancarkan pada 2014 hingga 31 Mei 2023, Perodua telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari 2023.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Datuk Sri Zainal berkata Perodua menyasar untuk menjual sehingga 1,500 unit sebulan, termasuk pemilikan individu dan jualan korporat.

Beliau percaya bahawa model ini bakal menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Axia E telah diuji dan terbukti dalam pasaran selama bertahun-tahun.

Varian ini akan memenuhi peranan semasanya untuk memberi peluang kepada pemilik motosikal bagi memiliki kereta baharu.

Tambah beliau lagi, berdasarkan perbincangan pihaknya dengan institusi-institusi kewangan tempatan, mereka mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E yang sama seperti membeli motosikal baharu secara sewa beli.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply