ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Galaxy L6 didedahkan menerusi portal MIIT, debut pertama rasmi 16 Julai

Berita Global

Views

Wajah sebenar model sedan hibrid plug-in (PHEV), Geely Galaxy L6 telah didedahkan di portal Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT)China baru-baru ini.

Sedan paling murah yang dibina dari pelantar CMA ini berkongsi rangkaian kuasa bersama model SUV, Galaxy L7. Ini bermakna Galaxy L6 mempunyai output sehingga 390 kuasa kuda dengan jarak perjalanan mencecah 1,300 km.

Sedan PHEV ini bakal membuat debut pertama pada 16 Julai nanti. Ia menampilkan rekaan luaran yang agak minimalis dengan lampu hadapan yang nipis dan jeriji yang tertutup.

Galaxy L6 akan menggunakan sistem PHEV yang dikenali sebagai NordThor. Menurut Geely, ia mempunyai sistem penyejukan yang membolehkannya mengecilkan saiz jeriji sehingga 30 peratus.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jadi, Galaxy L6 hanya memerlukan lubang yang kecil di bahagian bampar hadapan dan di bawah hud untuk penyejukan yang berkesan. Ini juga membantu untuk mengurangkan pekali seret, sekali gus meningkatkan julat dalam mod EV penuh.

Selain itu, Galaxy L6 turut menampilkan rekaan pemegang pintu ‘tersembunyi’ dan elemen lampu belakang tunggal.

Dari segi dimensi, Galaxy L6 berukuran 4,782 mm panjang, 1,875 mm lebar, 1,489 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,752 mm.

Oleh yang demikian, ia 3 mm lebih pendek, 6 mm lebih lebar dan 20 mm lebih tinggi berbanding Geely Preface yang turut berkongsi pelantar CMA. Senang cerita, model ini boleh dibandingkan dengan Hyundai Elantra.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sedan buatan China itu 132 mm lebih panjang, 50 mm lebih lebar dan 59 mm lebih tinggi berbanding Elantra, manakala berat kasarnya adalah 2,150 kg.

Galaxy L6 dikuasakan oleh 1.5-liter turbo BHE15-BFZ dengan 163 kuasa kuda yang turut menjana Galaxy L7, Lynk & Co 08 dan Geely Preface serba baharu.

Enjin ini disambungkan kepada kotak gear 3-kelajuan DHT Pro dan motor elektrik 146 kuasa kuda. Output keseluruhan rangkaian kuasa ini mencecah 390 kuasa kuda dan 535 Nm daya kilas.

Kuasa sebanyak itu membolehkan Galaxy L6 memecut sehingga 235 km/j. Masa pecutan dari 0-100 km/j walaubagaimanapun tidak didedahkan.

Besar kemungkinan Galaxy L6 akan mendapat dua pilihan bateri, iaitu 9.11 kWj dan 18.7 KWj. Buat masa ini Geely masih belum mendedahkan julat harganya. Ia bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan September tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIIT

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply