ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Pelumba pasukan CKJ Racing Team kritikal selepas terlibat dalam kemalangan

Berita Tempatan

Views

Pasukan berpengalaman negara, CKJ Racing Team berharap peminat dua roda di Malaysia mendoakan kesejahteraan pelumbanya, Izzat Zaidi Salehan yang terlibat dalam kemalangan semasa sesi ‘Super-Pole’ pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini Iskandar, Johor semalam.

Pasukan CKJ mengesahkan bahawa Izzat mengalami kemalangan tersebut selepas jentera Yamaha yang dipacunya sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Pengurus Pasukan CKJ Racing, Amer Saad berkata, akibat kemalangan tersebut Izzat terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dan disahkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan kecederaan paru-paru.

Jelasnya, keadaan Izzat sekarang masih lagi bergantung 100 peratus mesin bantuan pernafasan. Pada pukul 4 pagi tadi, Izzat baru keluar dari bilik pembedahan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Beliau difahamkan tulang rusuk sebelah kiri Izzat patah dan turut berlaku kecederaan paru-paru. Keadaannya ketika ini masih kritikal.

“Kami dari pihak pasukan CKJ Racing mendoakan Izzat cepat sembuh dan semoga kembali seperti biasa,” kata Amer ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Akibat insiden tersebut, sesi Super-Pole sebelah pagi itu dibatalkan. Bagaimanapun, perlumbaan CP150 diteruskan dan dimenangi oleh rakan sepasukan Izzat, Akid Aziz. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysian Cub Prix

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply