ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD Seagull dipaparkan menerusi portal MIIT China, EV bandar dengan 75 kuasa kuda

Berita Global

Views

Kereta elektrik bandar BYD Seagull telah dipaparkan menerusi portal Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) di China baru-baru ini. Ia menampilkan rekaan yang agak garang dengan beberapa pilihan bateri dan motor elektrik.

Model ini dijangka menerjah ke pasaran dengan julat tanda harga antara 60,000 hingga 100,000 RMB (RM38,826 hingga RM64,711).

Seagull merupakan model yang paling kecil dalan siri Ocean BYD, yang kini mempunyai empat model iaitu Seal, Dolphin, Destroyer 05 dan Frigate 07 (Corvette 07).

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Kesemua model ini berkongsi gaya reka bentuk yang sama, dikenali sebagai ‘Estetika Marin’. Hatchback lima-pintu ini menampilkan lampu depan yang berbentuk tajam dan cermin hadapan yang besar dengan pengelap (wiper) tunggal.

Ia juga dihiasi dengan kemasan pelapik plastik di bahagian bawah badan bagi menonjolkan gaya crossover/SUV. Dari belakang, Seagull dilengkapi dengan spoiler bumbung dan lampu belakang yang kelihatan hampir sama dengan model MPV BYD D1.

Dari segi dimensi, ia berkuran 3,780 mm panjang, 1,715 mm lebar, 1,540 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,500 mm. Sebagai perbandingan, ia 345 mm lebih pendek, 55 mm lebih sempit dan 30 mm lebih rendah berbanding BYD Dolphin.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Seagull bakal berentap dengan beberapa model seperti Leap T03, ORA White Cat dan Chery Wujie Pro (Unbounded Pro).

Ia mempunyai berat sekitar 1,160 hingga 1,240 kg, agak berat untuk kereta bersaiz kecil. Rimnya pula mempunyai dua pilihan saiz 165/65 R15 atau 175/55 R16.

Menurut MIIT, Seagull boleh ditawarkan dengan lampu hadapan LED sebagai pilihan. Ia mempunyai bateri LFP yang dihasilkan oleh FinDreams, anak syarikat BYD.

Walaubagaimanapun, kapasitinya tidak diketahui, tetapi sebelum ini terdapat maklumat bahawa kapasiti bateri Seagull akan mencapai 30.7 kWj. Ia menggunakan motor elektrik TZ180XSH berkuasa 55 kWj (75 kuasa kuda).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIIT

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply