ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Hiace terbalik, 9 ahli UMNO Kemaman dalam perjalanan pulang dari PAU22 cedera

Berita Tempatan

Views

Sembilan perwakilan dan pemerhati Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 240.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Timur, petang semalam.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian jam 5.50 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU22) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa berusia antara 21 tahun hingga 68 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Jelasnya, siasatan awal mendapati, kenderaan van Toyota Hiace dipandu lelaki berusia 37 tahun membawa sembilan penumpang wanita dari arah Kuala Lumpur ke Kemaman.

Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta berada di hadapan van berkenaan dikatakan brek mengejut menyebabkan van terbabit hilang kawalan sebelum terbabas selepas cuba mengelak melanggar belakang kereta itu.

Katanya akibat kemalangan tersebut, semua mangsa mengalami kecederaan dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di Kuantan, untuk rawatan lanjut.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Lima daripada mangsa termasuk pemandu dirawat di Zon Hijau manakala empat lagi penumpang dirawat di Zon Kuning.

Hasil siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu van terbabit kerana tidak dapat mengawal kenderaan semasa memandu dan menyebabkan kemalangan berlaku.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @Haziq_Escobar

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply