Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, BYD Sime Motors terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju Kenderaan Elektrik (EV) Bateri No.1 di negara ini setelah BYD Seal Premium (Extended Range) dinobatkan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan Tahunan (COTY) di Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2024 (MCOTY).
Lebih membanggakan, model ini muncul sebagai EV pertama yang menerima pengiktirafan anugerah berprestij ini. BYD Sime Motors juga muncul sebagai pemenang terbesar pada malam itu, dengan merangkul empat anugerah.
Selain Anugerah Keseluruhan COTY 2024, BYD Seal (Premium Extended Range) juga memenangi kategori Sedan Bawah RM200,000 dan xEV (RM150,000 hingga RM300,000), manakala BYD Seal (Performance AWD) memenangi kategori Sedan (RM200,000 hingga RM500,000).
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Pengarah Urusan Asia Tenggara di Sime Motors, Jeffrey Gan berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima pengiktirafan industri dengan empat anugerah berprestij ini.
Ujar beliau, BYD Seal adalah lambang gaya, prestasi, dan teknologi yang unggul, yang menetapkan piawaian baharu dalam pengalaman EV, tatkala lebih ramai rakyat Malaysia mula menerima EV.
Anugerah-anugerah ini mencerminkan kepercayaan terhadap penawaran BYD, yang disokong oleh rangkaian luas Sime Motors, pusat servis yang cemerlang, dan perkhidmatan selepas jualan yang luar biasa di seluruh negara.
MCOTY adalah pengiktirafan tertinggi yang menonjolkan kecemerlangan dalam sektor automotif, meraikan pencapaian dalam inovasi, kelestarian, dan kecemerlangan.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Kriteria untuk anugerah ini sangat teliti, penilaian kenderaan dibuat berdasarkan pelbagai faktor seperti reka bentuk, keselamatan, prestasi, kecekapan tenaga, dan nilai untuk wang.
Para panel penilai pula terdiri daripada profesional industri automotif, pakar, dan wakil media, sekali gus memastikan proses penilaian yang telus dan menyeluruh.
Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Haji Fadillah Haji Yusof ke majlis anugerah ini mencerminkan kepentingan dan prestij acara tersebut.
Pengiktirafan ini bukan sahaja meraikan pencapaian industri, bahkan juga sejajar dengan fokus Kerajaan dalam mempromosikan amalan mesra alam dan memajukan mobiliti lestari dalam sektor automotif.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI