Toyota bZ3 secara rasminya membuat kemunculan sulung sebagai model kedua dalam keluarga kenderaan elektrik (EV) jenama tersebut. Sedan EV empat tempat duduk itu dilancarkan di pasaran China, hasil kolaborasi antara BYD dan FAW Toyota.
Model ini mengekalkan signatur keluarga EV Toyota yang mula diperkenalkan pada model SUV, bZ4X. Menurut Toyota, reka bentuk hadapan kedua-dua model tersebut diinspirasikan dari ‘ikan yu/jerung tukul’ dan menjadi identiti bagi kesemua model dalam keluarga bZ.
Profil garis bumbungnya agak melengkung dengan pekali seret (drag coefficient) badannya adalah 0.218. Ruang kabin bZ3 mempunyai susun atur unit infohibur yang digelar oleh Toyota sebagai “Pulau Digital”.
Ia memperlihatkan paparan infohibur menegak yang mendominasi bahagian konsol tengah papan pemuka yang berfungsi sebagai unit kawalan pendingin hawa, stereo dan pembuka but belakang.
Dail pada konsol tengah mengawal tetapan pemacu, manakala panel meternya pula menggunakan instrumen digital berprofil rendah.
bZ3 mampu mencapai jarak pemanduan melebihi 600 kilometer berdasarkan Kitaran Ujian Kenderaan Ringan China. BYD akan membekalkan pek bateri litium besi fosfat yang dikatakan mampu mengekalkan 90 peratus kapasiti selepas 10 tahun.
Walaubagaimanapun, pek bateri tersebut masih belum tersedia lagi buat masa ini. Antara elemen baharu pada model EV ini adalah sistem penyejukan, kawalan dan pemantauan keselamatan.
Menurut Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, bZ3 mampu menjana 178 kuasa kuda, selain pilihan 238 kuasa kuda. Halaju maksima dihadkan kepada 160 kilometer sejam sahaja.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Dari segi dimensi Toyota bZ3 berukuran:
- Panjang – 4,725 mm
- Lebar – 1,835 mm
- Tinggi – 1,475 mm
- Jarak antara roda – 2,880 mm
- Kapasiti tempat duduk – 5
FAW Toyota akan menghasilkan bZ3 di China dan menjualnya pada pengedar di sana. Menurut laporan pada bulan September, Toyota dijangka menjual sedan elektrik berkenaan di Eropah bermula seawal 2024. Setakat ini tiada maklumat bilakah ia akan dilancarkan ke pasaran Amerika Syarikat.
Pada ketika ini Toyota sedang giat membangunkan seluruh ahli keluarga model bZ dan jika merujuk kepada perancangan syarikat, sekurang-kurangnya enam model elektrik dari pelantar e-TNGA sedang dibangunkan.
Antara model yang bakal dihasilkan adalah kereta kompak, crossover saiz sederhana, sedan saiz sederhana, minivan saiz sederhana, SUV saiz sederhana dan SUV bersaiz besar.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI