Laman Facebook rasmi Toyota Indonesia mula menyiarkan iklan acah pertama sebuah model crossover baharu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
Ia menampilkan rekaan hadapan yang mirip dengan model Corolla Cross dengan lampu depan jenis LED rekaan melintang dan jeriji yang agak besar.
Ramai di kalangan pemerhati automotif dan juga warganet di sana beranggapan model tersebut adalah generasi baharu Innova yang bakal dikenali dengan nama baharu, Innova Zenix.
Model tersebut ketika ini sedang giat menjalani ujian jalan raya di India dan akan dikenali dengan nama Innova Hycross. Innova Zenix bakal membuat kemunculan rasmi di pasaran Indonesia pada bulan November ini.
Ia dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-C) dengan pacuan roda hadapan dan bakal ditawarkan dengan pilihan varian, iaitu G, V dan Q.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Saftey Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan Pengurangan Lengkung Kelajuan, Bantuan Jejak Lorong (LTA) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).
Innova Zenix akan ditawarkan dengan pilihan Sistem Hibrid Toyota generasi kedua, yang bakal menggantikan enjin diesel.
Julat anggaran harga bagi model Innova Zenix bermula dari Rp 415 juta (RM126,106) bagi varian asas sehingga Rp 625 juta (RM189,920) untuk varian andalan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit ToyotaID
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI