ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cadang pemasangan kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang – PLUS

Views

Susulan dari kes kemalangan yang berlaku di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang Ahad lepas, Astro Awani melaporkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bercadang untuk memasang kamera had laju di jambatan tersebut selain menambah kamera itu di kesemua lebuh raya kendaliannya.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya terutamanya yang berada di bawah kendalian PLUS. Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail, pihaknya akan mencadangkan kepada pihak kerajaan dan pemasangan kamera had laju itu bergantung kepada kebenaran daripada pihak berkuasa.

Azman berkata pihaknya juga akan melihat semula keperluan untuk mengurangkan kadar had laju dan ketinggian tembok di Jambatan Pulau Pinang. Namun ia bergantung kepada siasatan penuh kes kemalangan yang berlaku baru-baru ini. Buat masa ini had laju di jambatan tersebut ialah 80 kilometer sejam, manakala temboknya mengikut piawaian antarabangsa British Standard 5400 (BS 5400).

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Katanya lagi, kadar kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang sebenarnya telah merekodkan penurunan sebanyak 54 peratus pada tahun 2018 berbanding 2017. Pada 2017 sebanyak 13 kes kemalangan maut direkodkan berbanding enam kes pada tahun lepas. Bagi kemalangan pula ia turun sebanyak empat peratus iaitu daripada 345 kes kepada 332 kes.

Ahad lalu, sebuah kenderaan utiliti sukan Mazda CX-5 telah terjunam ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Toyota Vios di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, Georgetown, Pulau Pinang. Kejadian tersebut merupakan insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan sepanjang tempoh 2010 sehingga kini.

Anda setuju tak dengan cadangan ini? Pada kami, bukan setakat pasang kamera had laju di jambatan, sebaiknya buat terus kaunter trafik di plaza tol dan kenderaan yang dirakam memandu melebihi had laju terus disaman sebelum keluar melepasi jambatan. Walaupun nampak agak kejam tapi dengan cara ini akan membuatkan pemandu lebih berhemah dan berdisiplin ketika melalui jambatan tersebut.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply