Sejak kebelakangan ini, permintaan terhadap kereta baharu nampaknya sudah kembali meningkat di kala negara berada dalam fasa peralihan endemik.
Sungguhpun begitu, disebabkan isu bekalan cip semikonduktor yang masih belum pulih, tempoh menunggu kereta menjadi terlalu lama.
Ditambah pula dengan tamatnya tempoh ‘cuti cukai’ pada 30 Jun lalu, ramai yang mula beralih kepada kereta pramilik.
Namun, masih ada yang skeptikal dengan kereta pramilik yang dianggap sebagai tidak berkualiti dan ramai juga yang bimbang tertipu dengan kereta yang dijual.
Kini dengan adanya platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, CARSOME, anda boleh memilih lebih daripada 30 jenama kereta idaman termasuklah dari pengeluar tempatan, Jepun, Korea dan Eropah.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Kereta-kereta CARSOME Certified yang bakal dijual akan melalui pemeriksaan 175-titik yang dilakukan secara teliti oleh pasukan inspektor terlatih bagi memastikan ia bebas dari kemalangan yang teruk dan juga banjir, sebelum dihantar ke CARSOME Certified Lab.
Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified | ||
Langkah 1 | Pemilihan Yang Ketat | Hanya kereta yang telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat sahaja akan dipilih dan dihantar ke CARSOME Certified Lab. |
Langkah 2 | Pembaikan Mekanikal & Am |
|
Langkah 3 | Badan & Cat |
|
Langkah 4 | Perincian | Sentuhan terakhir melibatkan cucian bahagian luaran yang meliputi ruangan enjin serta bahagian dalaman secara menyeluruh. |
Langkah 5 | Semakan Kawalan Akhir |
|
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Setelah itu, kereta-kereta CARSOME Certified yang sudah dibaik pulih akan dihantar bagi sesi fotografi secara menyeluruh. Foto-foto resolusi tinggi kereta ini kemudiannya akan dimuatnaik ke laman sesawang CARSOME tanpa sebarang suntingan digital!
Kereta idaman anda boleh dilihat secara 360 darjah di sana. Anda juga tidak perlu bimbang kerana kereta CARSOME Certified dijual pada harga tetap dan tiada caj tersembunyi.
Harga yang disyorkan merangkumi cukai jalan, bayaran Puspakom, bayaran pemprosesan pinjaman dan bayaran pemindahan hak milik.
Di samping itu, CARSOME turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta terus ke rumah, dan anda juga boleh memilih untuk ‘pick up’ di CARSOME Experience Centre yang berhampiran.
Bagi memastikan ‘ketenangan minda’, kereta-kereta CARSOME Certified ini akan dilindungi oleh waranti selama setahun. Bukan itu sahaja, jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 5 hari sekiranya anda berubah fikiran.
Dan tidak lupa juga, anda boleh menukar beli kereta anda dengan kereta CARSOME Certified dan akan mendapat rebat sehingga RM1,000. Jadi tunggu apa lagi, dapatkan kereta idaman anda di CARSOME!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI