ARKIB

KATEGORI

Advertorial

PolicyStreet lancar jualan pantas sempena Tahun Baru Cina, tawar promosi ‘Betul-Betul Cheapest Road Tax’ pada 22 Januari!

Iklan

Views

Tahun Baru Cina tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Pelbagai persiapan perlu dilakukan untuk menyambut kedatangan ‘Tahun Ular’ dan sudah pastinya, akan banyak ‘makan modal’!

Keadaan akan menjadi lebih mencabar sekiranya cukai jalan dan insurans juga tamat tempoh dalam bulan ini. Makin bocorlah poket dibuatnya, memang pening nak mencari cara untuk berjimat.

Tapi… Anda boleh menarik nafas lega kerana PolicyStreet boleh membantu meringankan beban kewangan anda dengan promosi khas sempena Tahun Baru Cina, iaitu “Betul-Betul Cheapest Road Tax“.

Sempena kempen ini, PolicyStreet akan menawarkan cukai jalan termurah buat semua rakyat Malaysia. Tak kira jenama atau model kereta anda, promosi ini akan memberikan diskaun sebanyak RM188 bagi setiap kereta. Bila lagi nak dapat durian runtuh untuk ‘road tax‘, kan?

Promosi jualan pantas ini akan berlangsung pada 22 Januari bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari SAHAJA. Jadi, dapatkan sebut harga sekarang supaya anda tak membazir masa menunggu pada hari promosi.

Jangan lupa tandakan kalendar atau setkan penggera di telefon pintar anda siap-siap untuk buat pembayaran ya!

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Platform insurans kereta PolicyStreet

PolicyStreet menawarkan platform insurans kereta yang membolehkan anda memilih daripada lima penyedia insurans yang dipercayai atau membandingkan sebut harga daripada hingga 12 penyedia insurans untuk mendapatkan pilihan terbaik mengikut bajet dan juga keperluan anda.

PolicyStreet turut menawarkan peluang penjimatan dengan diskaun sehingga 70% untuk cukai jalan. Dengan harga yang kompetitif, PolicyStreet adalah antara pilihan yang paling berbaloi di pasaran!

Selain itu, eksklusif hanya di PolicyStreet, anda boleh menyesuaikan ciri-ciri insurans kereta dengan add-on berikut dengan harga serendah RM16.90 setiap satu, termasuk:

  • Perlindungan Kebersihan Ruang Dalaman Kereta Mesra Kanak-kanak: Tuntutan sehingga RM100 untuk kos upah membersihkan dalaman kereta akibat muntah, air kencing, atau najis kanak-kanak.
  • Perlindungan Kawalan Serangga Perosak: Tuntutan sehingga RM300 untuk kos upah penghapusan serangga perosak, fumigasi kenderaan, dan sanitasi dalaman kereta.
  • Perlindungan Najis Burung dan Getah Pokok: Tuntutan sehingga RM200 untuk kos upah membersihkan, mengecat semula, rawatan kimia, dan penggilapan bahagian luar kereta.

Sekiranya anda terlepas promosi pada 22 Januari, jangan risau! PolicyStreet terus menawarkan diskaun sehingga 70% untuk cukai jalan, menjadikannya antara yang TERMURAH di pasaran!

Bagaimana cara mendapatkan sebut harga dan membuat pembayaran?

Cara untuk mendapatkan sebut harga mudah je! Hanya masukkan maklumat anda di car.policystreet.com dan tekan butang ‘Dapatkan Harga TERBAIK’. Sebaik sahaja anda menerima pautan sebut harga, anda boleh membandingkan harga daripada 5 syarikat insurans yang berbeza. Pilih pelan yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan anda, kemudian buat pembayaran.

Bagi memudahkan anda, PolicyStreet menyediakan ‘Easy Payment Plan‘. Anda boleh membayar insurans kereta secara ansuran selama 3, 6, atau 12 bulan dengan kadar faedah 0%, menggunakan kad kredit dari mana-mana bank berikut:

  • Maybank
  • Public Bank
  • UOB Bank
  • OCBC Bank
  • RHB Bank
  • CIMB Bank
  • Affin Bank
  • Hong Leong Bank
  • AmBank

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan pelan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) dengan penyedia BNPL berikut:

  • Atome: Pelan ansuran tanpa faedah sehingga 6 bulan, (tertakluk kepada notis lanjut).
  • PayLater by Grab
  • SPayLater

Kenapa anda perlu memilih PolicyStreet?

Sebagai Penginsurans Semula (Reinsurer), Insurans Am, dan Operator Takaful berlesen oleh Labuan Financial Services Authority (LFSA) serta Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), PolicyStreet boleh menawarkan nasihat yang tidak berat sebelah kepada pelanggan dan rakan kongsinya di seluruh dunia.

PolicyStreet juga bekerjasama dengan lebih 40 penyedia insurans hayat, insurans am, dan Takaful di seluruh dunia untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk insurans terbenam (embedded insurance), manfaat pekerja yang disesuaikan, nasihat kewangan, serta pembangunan penyelesaian digital untuk memudahkan insurans bagi perniagaan dan pengguna.

PolicyStreet bekerjasama dengan jenama terkemuka dari pelbagai industri untuk membangunkan produk mikroinsurans baharu yang relevan di pasaran seperti foodpanda dan Shopee.

Nak dapatkan cukai jalan percuma dan pelbagai kemudahan lain dengan PolicyStreet?

Layari laman web rasmi PolicyStreet atau ikuti saluran media sosial rasmi PolicyStreet di Facebook, Instagram dan Tiktok. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply