ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton muktamad terbitan Sukuk dengan nilai RM700 juta

Berita Tempatan

Views

Proton Holdings Berhad menerusai anak syarikatnya, PONSB Capital Berhad telah berjaya memuktamadkan terbitan bahagian kedua Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM700 juta di bawah program Sukuk Wakalahnya.

IMTN terbukti popular di kalangan komuniti pelabur dan terlebih langganan hampir empat kali ganda.
Program Sukuk Wakalah Proton terdiri daripada Kertas Komersial Islam (ICP) yang bernilai RM1.0 bilion dalam nilai nominal bersama IMTN yang bernilai RM4.0 bilion dalam nilai nominal.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ia mempunyai had gabungan sehingga RM4.0 bilion nilai nominal berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar. Bahagian kedua untuk IMTN yang bernilai RM700 juta adalah susulan daripada bahagian pertama IMTN bernilai RM500 juta yang telah dilengkapkan pada bulan Disember tahun lepas.

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Proton, Wang Huaibing, pihaknya berbesar hati untuk memuktamadkan terbitan dana Sukuk peringkat kedua dengan kerjasama CIMB Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad bertindak sebagai pengurus utama bersama.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tambahnya, dana yang diperoleh akan membantu membiayai rancangan pembangunan masa depan syarikat serta keperluan modal operasi.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk melancarkan produk baharu, menembusi lebih banyak pasaran eksport dan memasuki segmen kenderaan tenaga baharu.

Dengan jumlah dana sebanyak RM4 bilion, masih terdapat banyak peluang untuk lebih ramai pelabur menyertainya dan beliau yakin Proton akan memberi ganjaran kepada pelabur yang menaruh harapan kepadanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply