ARKIB

KATEGORI

Buletin

CARSOME dan Polis Daerah Petaling Jaya lancar Kempen Pencegahan Kecurian Kenderaan

Berita Tempatan

Views

CARSOME mengumumkan kerjasamanya dengan Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kelaziman kecurian kereta.

Ini berpunca daripada peningkatan kadar kes kecurian kenderaan di seluruh negara yang semakin membimbangkan.

Menurut laporan Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) pada 2020, sebuah kenderaan dicuri setiap 75 minit di Malaysia, dengan jumlah purata 20 kereta dicuri setiap hari.

Malah, risiko kecurian kenderaan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia dan adalah antara segelintir negara yang menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam kecurian kenderaan sejak 2001.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Kerjasama antara CARSOME dan Polis Daerah Petaling Jaya dimulakan dengan mengenalpasti lokasi-lokasi yang kerap berlaku kecurian kenderaan.

CARSOME akan memasang papan tanda hebahan perkhidmatan awam di kawasan-kawasan ini sebagai peringatan kepada penduduk dan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kereta dan persekitaran mereka.

Pada masa yang sama, CARSOME juga akan memberi bantuan sokongan kepada polis dengan peringatan akan kesedaran jenayah dan mesej pencegahan melalui saluran dalam taliannya, seperti laman web rasminya.

Pengasas Bersama CARSOME dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, Jiun Ee Teoh berkata, pemasangan papan-papan tanda ini di sekitar Petaling Jaya adalah sebahagian daripada sokongan pihaknya terhadap usaha pencegahan kecurian kenderaan oleh Polis Daerah Petaling Jaya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kempen keselamatan masyarakat itu dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dan Pengasas Bersama CARSOME dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, Jiun Ee Teoh di mana mereka meletakkan papan tanda pertama di PPR Lembah Subang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, mengurangkan kecurian kenderaan adalah usaha kerjasama semua pihak.

Beliau menggalakkan rakyat supaya melaporkan perkara tersebut atau mana-mana tingkah laku di luar kebiasaan dengan segera.

Tambah beliau, PPR Lembah Subang merupakan salah satu kawasan kekerapan kecurian kenderaan dan adalah tempat permulaan yang baik untuk pemasangan papan tanda yang pertama.

Pihaknya juga berterima kasih atas sokongan CARSOME dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan syarikat tersebut untuk melancarkan lebih banyak kempen keselamatan pada masa hadapan untuk kejiranan yang lebih selamat di daerah Petaling Jaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply