ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Buses lancar bas dua tingkat Volvo B11RLE 6×2, Sani Express jadi pelanggan terawal

Berita Tempatan

Views

Selepas memperkenalkan chasis Volvo B11RLE 6×2 ke pasaran bas di Malaysia, Volvo Buses hari ini melancarkan bas dua tingkat Volvo B11RLE 6×2 yang pertama kali dibina sepenuhnya secara tempatan.

Pada masa yang sama, mereka menjemput pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman menaikinya di acara Ride and Drive. Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Volvo Buses dan Truckquip Sdn. Bhd. (TQ) di kilang pemasangan chasis milik penuh Volvo di Malaysia.

Perjalanan Ride and Drive bermula di pejabat Volvo Buses Malaysia di Shah Alam dan para peserta merasai sendiri pengalaman melalui pelbagai bentuk permukaan jalan dengan menaiki bas dua tingkat Volvo B11RLE.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut Naib Presiden Volvo Buses Asia Pacific, Mats Nilsson, Malaysia ialah satu-satunya pasaran di Asia yang menawarkan Volvo B11RLE, ia dipasang dan dibina di Malaysia.

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook pula berkata, pihaknya sangat teruja untuk melihat pengeluar seperti Volvo bekerjasama dengan rakan pembuat badan bas tempatan seperti Truckquip dalam menghasilkan produk-produk yang dibina khas demi memenuhi keperluan operasi di peringkat tempatan.

Bas Volvo B11R menampilkan badan jenis ALPHA DD12 TQ dengan ciri pintu masuk rendah. Ia direka untuk dengan menawarkan keselamatan maksimum menerusi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang dipertingkatkan melalui beberapa teknologi seperti Sistem Pemantauan Pemandu (DMS).

DMS berfungsi memberi amaran jika pemandu tertidur seketika atau terleka ketika memandu. ALPHA DD12 TQ dibina sebagai sebuah bas yang mempunyai penampilan lebih lebar dan titik graviti rendah untuk memberi kestabilan lebih baik, terutama ketika memandu di atas lebuh raya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sekali gus meningkatkan keyakinan pemandu, menambah baik aspek keselesaan dan keselamatan di atas jalan raya. Bas dua tingkat Volvo B111RLE 6×2 itu akan diserahkan kepada Sani Express Sdn Bhd (Sani).

Syarikat itu telah membuat tempahan sebanyak 12 unit yang akan diserahkan sepanjang tahun ini dan bakal digunakan untuk perjalanan di antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur.

Sani merupakan salah satu syarikat bas terbesar dari Kota Bharu yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan seperti di lapangan terbang, ulang-alik hotel, antara bandar dan operasi bas di bandar.

Pengarah Urusan Kumpulan Sani, Wan Mohd Iskandar bin Dato Salleh yakin bahawa model Volvo B11RLE yang baru dibeli itu akan meningkatkan lagi rangkaian bas sedia ada miliknya ke tahap lebih tinggi kerana ia dapat menawarkan keselesaan luar biasa kepada pelanggan yang perlu mengharungi perjalanan jauh.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply