ARKIB

KATEGORI

Buletin

Feri tersadai, beberapa penumpang alami sesak nafas

Berita Tempatan

Views

Beberapa penumpang feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang tersadai akibat air laut surut di perairan jeti Kuala Kedah hari ini dilaporkan mengalami sesak nafas.

Menurut Harian Metro, feri yang membawa 547 penumpang serta kru itu dilaporkan tersadai sekitar 3 petang tadi akibat air laut surut.

Berikutan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah memberi bantuan awal medical evacuation (Medevac) berjaya dilakukan menggunakan bot pada 5.37 petang.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, aset APMM membabitkan Bot Perkasa 1224 Maritim Malaysia serta dibantu beberapa bot nelayan tempatan berikutan hanya bot kecil saja boleh merapat di feri berkenaan dalam usaha untuk membawa penumpang.

Beliau berkata, sehingga kini proses membawa keluar kesemua penumpang feri masih giat dilakukan. Katanya, Maritime Resque Sub Centre (MRSC) Langkawi juga turut dimaklumkan dan koordinasi lanjut sedang dilaksanakan bagi memastikan kesemua penumpang selamat dipindahkan ke darat.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Perkembangan semasa kejadian akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa. Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan bertulis daripada kapten Feri Bahagia 98 yang terkandas itu.

Katanya, berdasarkan laporan awal, kejadian berlaku ketika air laut berada pada paras 1.7 meter iaitu paras yang masih selamat untuk pelayaran.

Selain itu, banyak faktor yang boleh menyebabkan kejadian itu antaranya feri tidak mengikut laluan asal atau laluan tersebut dihalang oleh kerja pengerukan laut yang sedang dilaksanakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply