ARKIB

KATEGORI

Buletin

CARSOME terima kunjungan Menteri Sumber Manusia, minat jalin kerjasama kukuhkan ekosistem modal insan

Berita Tempatan

Views

Platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, CARSOME semalam telah menerima kunjungan dari Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar di ibu pejabat serantaunya di Petaling Jaya.

Dengan mempamerkan keupayaan teknologinya, pembangunan bakat dan inisiatif pengekalan, dan rancangan CARSOME Academy untuk meningkatkan tawaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), CARSOME turut menyatakan kesediaannya untuk menyokong Kerajaan dalam memperkukuh ekosistem teknologi dan modal insan negara.

Mengulas mengenai lawatan itu, V. Sivakumar berkata: sebagai ‘Tech Unicorn’ pertama di Malaysia, pencapaian CARSOME amat luar biasa.

Usaha mereka untuk mendigitalkan proses pembelian kenderaan di negara ini telah membawa kepada penciptaan pelbagai pekerjaan dan peluang perniagaan baharu.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Tambahnya, beliau begitu tertarik dengan CARSOME Academy, yang memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang kepada belia negara kita untuk memperoleh kemahiran dalam sektor automotif. Usaha ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk memartabatkan institusi TVET di Malaysia.

Menurut Pengasas Bersama CARSOME dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, Jiun Ee Teoh, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar atas lawatan kerja beliau ke CARSOME.

Pihaknya sejajar dengan komitmen beliau ke arah memartabatkan ekosistem modal insan negara untuk memacu pertumbuhan negara.

Selaras dengan ini, pihaknya berharap dapat menyumbang pengetahuan, kepakaran dan pengalaman ke arah penciptaan pekerjaan dan peluang berkualiti tinggi yang akan mengukuhkan daya tarikan Malaysia kepada bakat bertaraf dunia.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Beliau juga turut mengalu-alukan minat menteri tersebut dalam CARSOME Academy, yang diasaskan untuk membantu memenuhi permintaan industri untuk bakat automotif mahir sambil mewujudkan impak sosial yang positif dalam komuniti tempatan.

Pada Januari 2021, CARSOME menubuhkan institusi teknikal pertamanya di Malaysia, CARSOME Academy untuk menawarkan pendidikan teknikal belia Malaysia dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Institusi tersebut merupakan pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Sejak itu, CARSOME Academy telah berkembang ke Thailand dan Indonesia dan merupakan pusat bertauliah di kedua-dua negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply