ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Ini mungkin gambaran digital yang mirip dengan Perodua Axia 2023 (D74A) sebenar, agaknya lah…

Impresi Artis

Views

Sekali lagi penulis mencuba untuk memberi gambaran awal model Axia 2023 (D74A). dengan berpandukan foto acah pada brosur yang dikongsikan oleh pihak Perodua semalam.

Kali ini, penulis ‘bermain-main dengan apa yang ada’ untuk dipadankan pada model Axia semasa yang telah diolah dengan gaya reka bentuk baharu.

Meskipun tidaklah ‘serealistik mana’, gambaran digital ini lebih lengkap dengan pandangan sisi. Jadi, sementara menunggu foto-foto bocor muncul, ia sudah memadai untuk memberikan bayangan awal model pertama Perodua tahun 2023 itu.

 

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Semalam, secara rasminya Perodua telah membuka tempahan Axia 2023 (D74A) yang bakal dilancarkan pada 14 Februari nanti. Axia 2023 (D74A) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

Ia akan dijana oleh akan berkongsi enjin kenderaan cekap tenaga (EEV) dan transmisi D-CVT. Ini bermakna ia masih lagi masih lagi unit 1.0 liter 1KR-VE VVT-i yang sama, tetapi ditala semula dengan kecekapan bahan api 25.3 km/l, atau 27.4 km/l dengan sistem Eco Melahu (Eco Idle).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Untuk varian AV, ia turut diengkapi dengan Mod Pemanduan Kuasa (Power Mode Drive). Dari segi keselamatan, kesemua varian didatangkan secara standard dengan ABS, EBD dan BA, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mula mendaki (HHA) dan kawalan cengkaman (TRC).

Bagi varian AV pula, ia mendapat tambahan ciri keselamatan seperti Perodua Smart Drive Assist (PSDA), enam beg udara dan filem penapis haba.

Julat harga tentatif untuk Axia 2023 (D74A) adalah antara RM38,600 hingga RM49,500 (tidak termasuk insuran dan di Semenanjung Malaysia).

Apa pendapat anda dengan gambaran digital terbaharu rekaan penulis kali ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply