ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perubahan struktur tambang jejas pendapatan pemandu Grab

Berita Tempatan

Views

Langkah Grab Malaysia mengeluarkan peraturan baharu yang mengurangkan kadar upah atau tambang kepada pemandu Grab dilihat penghalang kepada usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang berdepan tekanan ekonomi.

Menurut Berita Harian, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, berkata selepas tempoh pandemik COVID-19, ramai rakyat beralih menjadi pemandu Grab sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Katanya, pengurangan tambang daripada 70 sen kepada hanya 25 sen bagi setiap kilometer bakal menjejaskan pendapatan pemandu Grab kerana kebanyakan mereka menghantar penumpang berdasarkan jarak dan bukannya berada dalam kawasan sesak seperti pemandu teksi.

Sehubungan itu, beliau merayu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk campur tangan dalam isu ini. Tambah beliau, tindakan Grab ini sebenarnya penghalang besar kepada usaha kerajaan membantu rakyat berdepan tekanan ekonomi dan nasib yang menimpa pemandu Grab ini memedihkannya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Grab dalam kenyataan kepada pemandunya, difahamkan menggubah struktur tambang dengan tambang untuk setiap minit menjadi lebih tinggi, bermula 16 Januari lalu.

Syarikat itu berkata, langkah itu menguntungkan pemandu apabila mereka menerima bayaran lebih baik ketika waktu puncak dan kesesakan lalu lintas.

Melalui kadang tambang baharu itu, tambang setiap minit diubah daripada 20 sen kepada 43 sen, manakala tambang setiap kilometer pula dikurangkan daripada 70 sen kepada 25 sen dan tambang asas serta tambang minimum kekal RM5.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply