ARKIB

KATEGORI

Buletin

Castrol dan Continental jalin kerjasama, beri lebih nilai tambah kepada para pelanggan

Berita Tempatan

Views

Castrol Malaysia dan Continental Tyre Malaysia baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman untuk meneroka inisiatif bersama di seluruh negara.

Kedua-dua pihak berhasrat untuk mensinergikan tawaran premium jenama serta rangkaian pengedar untuk menawarkan kemudahan dan pengalaman yang lengkap kepada pengguna.

 

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong berkata usahasama ini adalah bukti komitmen kedua-dua jenama terhadap keselamatan dan kepuasan pelanggan kerana mereka bersama-sama bergganding bahu untuk terus membina kehadiran jenamanya di Malaysia.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova pula berkata, pihaknya percaya dengan perkhidmatan dan kecemerlangan kedua-dua jenama itu, ia akan terus menjadi jenama pilihan dalam penyelenggaraan automotif.

 

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Di bawah kerjasama yang dicadangkan itu, pihak-pihak akan menawarkan kepada pemandu di Malaysia program kesetiaan perdagangan bersama, di mana mereka boleh menikmati pelbagai tawaran, insentif, penebusan dan ganjaran.

Kedua-dua pihak juga sedang berusaha ke arah perkongsian yang bakal menyaksikan pembukaan cawangan jenama bersama di seluruh negara dengan perancangan untuk mengembangkannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply