Sebagai pengeksport kenderaan penumpang No.1 di China selama 19 tahun berturut-turut, Chery mempunyai pandangan global yang kukuh. Ini dibuktikan oleh kenderaan Pro Family, yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan global kini serta masa hadapan.
Setakat ini terdapat lima ahli Pro Family – empat SUV (Tiggo 2 Pro, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro) dan satu sedan (Arrizo 6 Pro). Pro Family telah menerima sambutan yang cukup baik di banyak pasaran seluruh dunia, termasuk Eropah Timur, Amerika Selatan, Timur Tengah, Asia dan Afrika.
Setiap model Pro Family dibangunkan berdasarkan tiga teras: teknologi pintar, rekabentuk bergaya dan kuasa cekap. Selari dengan teras pertama, kenderaan Pro Family dipenuhi dengan teknologi yang mengatasi rakan sekelasnya serta jangkaan pelanggan.
Sebagai contoh, Tiggo 8 Pro selaku model terunggul Pro Family didatangkan dengan tiga skrin – panel meter 12.3 inci, skrin kawalan iklim 8 inci dan skrin infotainment terapung 10.25 inci dengan Apple CarPlay, Android Auto dan paparan kamera 360 darjah.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Tiggo 7 Pro turut dilengkapi sedemikian, manakala pengecasan nirwayar dan pintu belakang elektrik juga ditawarkan untuk kedua-dua model. Pro Family juga memanfaatkan teknologi pintar bagi menyediakan keselamatan menyeluruh.
Selain enam beg udara, traction dan kawalan kestabilan, ISOFIX, penggunaan keluli berkekuatan ultra tinggidalam pembinaan badannya serta ciri-ciri keselamatan pasif yang lain, keselamatan aktif juga tersedia melalui Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
Ia merangkumi fungsi seperti Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Automatik, Brek Kecemasan Automatik (AEB), Pengecaman Papan Tanda Lalu Lintas (TSC), Kawalan Pancaran Lampu Tinggi Pintar (IHC), Pemantauan Titik Buta (BSD), Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Sistem Override Brek Kecemasan (BOW).
Pro Family direka mengikut falsafah ‘Life in Motion 3.0’ yang dihasilkan oleh pasukan rekabentuk global Chery. Reka bentuk jeriji hadapan berlian matriks geometrinya diilhamkan oleh galaksi serta lampu hadapan LED, manakala pada bahagian dalaman, susun atur keliling kokpit mewujudkan suasana dinamik, selesa serta mewah.
Chery merupakan jenama kenderaan China pertama yang menguasai teknologi teras enjin, transmisi dan casis secara kendiri, dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih 20 tahun.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Terdapat pelbagai versi enjin bersiri ACTECO, daripada 0.8 liter sehingga 4.0 liter, dan enam enjin ACTECO telah disenaraikan dalam 10 Enjin Terunggul China, menawarkan kuasa serta kecekapan haba yang tinggi.
Pro Family kini sedang membuat penampilan sulung di seluruh dunia, baru-baru ini di pameran motor di Manila, Kuwait dan Indonesia.
Ia juga telah menerima pelbagai anugerah di seluruh dunia, termasuk ‘SUV Paling Teknikal’ dan ‘SUV Teknologi Canggih Terbaik’ bagi Tiggo 8 Pro, serta ‘SUV Terlaris’ dan ‘Model Jenama China Paling Popular’ bagi Tiggo 7 Pro.
Baru-baru ini, siri Tiggo 8 telah mencapai pengeluaran 500,000 unit, menjadikannya model yang terpantas mencapai angka tersebut di kalangan SUV bersaiz sederhana dan SUV tujuh tempat duduk jenama China.
Sejak kemunculannya pada 2018, siri Tiggo 8 disambut baik dalam pelbagai pasaran global termasuk Brazil, Arab Saudi dan Chile. Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro merupakan antara model Pro Family yang sedang dirancang untuk Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
KOMEN TERKINI