ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Castrol Game Changers’ – Dua juara terima pakej percutian untuk tonton perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun depan

Berita Tempatan

Views

Syarikat pelincir terkemuka, Castrol telah menganjurkan cabaran ‘Castrol Game Changers‘ pada 3 Disember 2022 di Tropicana Golf & Country Club.

Cabaran itu menyaksikan pemilihan dua juara berjaya memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke England dan dua tiket setiap seorang untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2023.

Kerjasama global Castrol dengan PL meningkatkan lagi keterlihatan Castrol di kalangan khalayak antarabangsa yang lebih luas, membakar semangat para peminat bola sepak dan automobil.

Cabaran tersebut terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama Castrol Race Off menyaksikan Meor Razzi Rizal Bin Meor muncul juara dengan masa terpantas memenangi dua tiket untuk menyaksikan perlawanan PL di England pada tahun depan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Meor Razzi Rizal telah bersaing dengan dua puluh pasukan yang terdiri daripada 40 peserta yang berjaya melayakkan diri selepas melalui proses pemilihan pada Mei hingga September.

Setiap pasukan dikehendaki memilih seorang ahli pasukan mereka untuk berlumba dengan ahli pasukan lain dalam perlumbaan simulator pemanduan.

Fasa seterusnya iaitu, Castrol Kick Off menyaksikan Lim Choo Leong berjaya memungut mata tertinggi pada pusingan itu, memenangi dua tiket terakhir yang ditawarkan.

Bagi menghargai usaha mereka, naib juara fasa Castrol Kick Off telah dianugerahkan dengan jersi Liga Perdana yang ditandatangani.

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan berkata, juara dari Malaysia ini akan menyertai para pemenang dari negara-negara lain untuk menikmati perlawanan itu pada tahun depan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kerjasama Castrol-PL telah diumumkan pada penghujung 2021 setelah kejayaan kerjasama sebelumnya dengan pertubuhan lain seperti Piala Dunia FIFA dan Kejohanan Eropah UEFA.

Dengan jumlah penonton televisyen lebih 3.2 bilion di seluruh dunia, PL adalah liga bola sepak yang paling ramai ditonton di dunia dengan purata kehadiran lebih daripada 38,000 peminat tegar di stadium serta 634 juta penonton global bagi setiap perlawanan.

Dalam tempoh beberapa bulan yang lalu, kerjasama Castrol-PL turut menyaksikan penganjuran beberapa aktiviti, bermula dengan Castrol X PL Rover, yang telah berkunjung ke 16 lokasi utama di seluruh negara.

Selain itu, Castrol turut menganjurkan dua pertandingan digital iaitu Castrol PL Moment dan Castrol PL Bi-weekly Quiz, yang menyaksikan para pengguna membuat hantaran detik bola sepak yang paling diingati mereka dengan #CastrolPL.

Tambah Mei-Shan, Castrol Malaysia turut mencatatkan beberapa pencapaian pada tahun ini dengan kerjasama PL, ulang tahun keempat Castrol Hari Mekanik Malaysia, dan ulang tahun ke-20 Castrol Auto Service (CAS).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply