ARKIB

KATEGORI

Buletin

Castrol jadi penaja eksklusif EPL, tiket perlawanan bola sepak di England menanti!

Berita Tempatan

Views

Castrol telah memeterai perjanjian penajaan eksklusif dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tempoh 2 setengah tahun, yang bermula pada Januari 2022.

Penajaan antarabangsa ini dibina atas kejayaan penajaan bola sepak oleh Castrol sebelum ini seperti Piala Dunia FIFA dan Kejohanan Eropah UEFA.

Sebagai liga bola sepak paling banyak tontonan di seluruh pelusuk dunia, EPL disiarkan di 212 wilayah ke 643 juta rumah, dengan potensi tontonan 4.7 juta penonton.

Castrol Malaysia bakal menganjurkan pelbagai acara bagi memantapkan kehadiran digital mereka, termasuk peraduan dan aktiviti-aktiviti pada setiap dua minggu.

 

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Para peserta boleh berkongsi pembikinan semula detik bola sepak yang tidak dapat dilupakan di dalam platform media sosial mereka di sepanjang tempoh peraduan Castrol EPL Original Moment.

Bagi aktiviti yang diadakan pada setiap dua minggu pula, para pengguna media sosial akan diberikan soalan dan permainan yang berkaitan dengan perlawanan bola sepak.

Bukan itu sahaja, kempen di lapangan turut akan diadakan di sepanjang tahun dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Antara acara yang bakal diadakan ialah jerayawara Castrol X EPL Rover eksklusif ke lokasi-lokasi utama di seluruh negara bagi mempromosikan pertandingan Castrol Game Changers yang akan berlangsung dari Mei hingga September 2022.

Menerusi pertandingan Castrol Game Changers, 20 pengguna bertuah (bersama-sama dengan pasangan mereka) akan dipilih untuk menyertai cabaran The Race Off, yang akan diadakan di sebuah hotel.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Lapan pasukan terbaik yang memenangi cabaran tersebut akan meneruskan persaingan ke peringkat seterusnya dan peringkat akhir pertandingan ini, iaitu perlawanan futsal 2 lawan 2.

Dua pemenang hadiah utama akan menerima empat tiket untuk menyaksikan perlawanan EPL secara langsung di England pada 2023.

Selain itu, Castrol Hari Mekanik Malaysia kembali dengan acara yang lebih besar untuk tempoh empat tahun berturut-turut pada 18 Mac 2022, dengan pelbagai aktiviti di sepanjang tahun ini.

Tahun ini, Castrol Auto Service (CAS) juga meraikan ulang tahun yang ke-20nya di Malaysia, dengan bermcam-macam promosi dan tawaran menarik untuk para peminatnya di Malaysia.

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan berkata, kerjasama ini akan mengetengahkan lagi rangkaian produk serta perkhidmatan Castrol kepada para penonton dan menjadi platform untuk pihaknya berinteraksi dengan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply