ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tekan brek terlalu cepat sebelum nahas, mungkin punca jutawan pandu Porsche 911 Turbo maut

Berita Global

Views

Seorang jutawan yang maut ketika cuba memecahkan rekod dunia dengan memandu kereta Porsche 911 Turbo dilaporkan mungkin menekan brek terlalu cepat sejurus sebelum nahas berlaku, demikian menurut perbicaraan di mahkamah.

Menurut KOSMO! ONLINE, laporan yang dipetik dari akhbar The Sun mengatakan, Zef Eisenberg dalam kejadian pada Oktober 2020 terbabas pada kelajuan 321 kilometer sejam (km/j) ketika cuba melakukan lagak ngeri itu.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Lebih tragis, insiden melibatkan Eisenberg itu berlaku di hadapan isterinya sendiri. Mangsa yang pada ketika itu berusia 47 tahun cuba membuktikan bahawa dia berjaya mengubah suai Porsche terpantas dunia dengan menguji pandu kereta tersebut di Elvington Airfield, England.

Ketika menamatkan percubaan terakhir hari itu, kereta mewah itu terbalik ketika dipandu pada kelajuan tinggi. Eisenberg mengalami beberapa kecederaan parah dan menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Perbicaraan mahkamah turut diberitahu bahawa ‘payung terjun’ khas yang dipasang Eisenberg di dalam kereta itu mengalami masalah teknikal ketika kemalangan berlaku.

Marsyal perlumbaan, Graham Sykes berkata, semasa insiden, penggunaan payung terjun itu menyebabkan kereta tersebut mula terangkat seolah-olah udara telah masuk ke bawahnya.

Situasi tersebut dikatakan boleh menyebabkan kereta menjadi tidak stabil dan hilang kawalan. “Malangnya, saya merasakan kesilapan pemandu menyebabkan kemalangan tragis ini terjadi,” kata Sykes.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply